Followers

Selasa, 22 Jun 2010

Jangan Jadi Si Jalang Yang CumaTahu Mengikis dan Menggoda Sebagai Propaganda Hidup

Sebab bosan dan tak ada modal nak buat apa, I dengan kawan baik ai, Khairina membeli belah di Pullman, Kuching. I sekadar temankan Khairina sebab tak ada yang berkenan di mata melihat koleksi-koleksi yang ada di MANGO tu.Selesai mencuci mata di butik MANGO and Khairina selesai membuat pembayaran, kami melangkah ke tingkat atas, kononnya melawat Pullman since it was my first time sampai ke sana. Sambil berjalan kami berborak.




Khairina:Kawan-kawan I slalu kata nanti I kena kahwin dengan orang kaya sebab i suka shopping barangan cam branded. Tapi I tak berazam pun nak kahwin dengan orang kaya kalau nak senang. I nak belajar sungguh-sungguh dan kerja untuk carik kesenangan.

Iera: Lagi pon wat point mak bapak kita hantar kita belajar tinggi-tinggi kan kalau kita cuma berangan nak kahwin dengan orang kaya? 

Dulu I pernah kupas secara random dan simple tentang lelaki idaman yang berduit dari erti kaca mata si bujang yang masih single ni di entry ini. Bagi I, yes I do, I masih perlukan seorang lelaki yang berpendidikan tinggi dan punya kewangan yang kukuh. Bukan sebab nak berlagak atau bercakap besar, tapi cuba you sebagai lelaki, bila bapak mertua you lagi hebat dari you, meaning you cuma kerani dan mertua you punya master dan gaji bulan berpuluh ribu, tipu la you tak inferior nak-nak bila si isteri pulak berpendidikan tinggi dan di besarkan dengan kesenangan. Cuba kalau you sekurang-kurangnya satu level dengan isteri you, meaning both of you punya education level yang setaraf dan pendapatan sebulan standart pelajar lepasan degree, sekurang-kurangnya rasa rendah diri you kat family perempuan tu tak la tinggi sangat. Ye la, umur you dengan pasangan hampir sebaya, tak kan la nak aspect you gaji sebulan berpuluh ribu unless bapak you jutawan, ada syarikat and you sebagai pewaris tunggal. Oh! itu mungkin. 



Itu komen I untuk kenapa di letakkan kriteria macam tu. Kalau you di tempat kami mungkin you akan fikir benda yang sama.Tapi tak bermaksud I nak kan engineer or doctor untuk kesenangan. I mean, i need mr Engineer as my husband sebab gaji engineer besar so i boleh teruskan hidup mewah bla bla bla. Eh common la, macam dialog yang I cakap dengan Khairina tempoh hari, mak bapak I hantar I belajar tinggi-tinggi untuk kesenangan I. Supaya I boleh bersaing di dunia pekerjaan, supaya I boleh berjaya atas daya usaha I sendiri. 

Bagi I, kejayaan yang sebenar sebagai seorang wanita bukan bila berjaya menggoda si kaya yang buncit dan botak,punya cucu lima yang dah nak mati tapi punya harta berjuta. Kalau la senang dan kaya raya dengan mengikis harta orang lain atau sekadar menumpang harta suami, bagi I benda tu cukup memalukan. Ok la, rezeki masing-masing, you tak pernah berangan pun nak kahwin dengan orang kaya. Ok la macam tu kalau cinta you memang iklas dan kerana Allah bukan kerana harta suami tu. You memang wanita yang mulia kalau macam tu. Yang I kurang gemar, macam dalam drama melayu, si gadis bergetah goda si kaya, sanggup jadi perempuan simpanan hanya untuk mendapat kemewahan. Dimana maruah sebagai seorang perempuan?

Kalaupun I nak kan sesuatu, kalaupun I nak kan kemewahan, I akan usaha sendiri. Kalau di takdirkan punya suami yang bertanggungjawap, baik hati dan terlebeh rezeki sediakan I segala kemewahan, I bersyukur . Tapi kalau si pasangan nanti kewangannya tak mampu memberikan I kemewahan, I tak kan mintak lebih dari apa yang dia mampu. I belajar sampai universiti, suatu hari nanti, I akan kerja, I akan bina kerjaya I sendiri, meaning I mampu berdikari. 

Kejayaan bukan bila kau hidup mewah dan kaya raya. Mencari bahagia tak bermaksud you perlu mencari si mewah. Kejayaan itu bila you boleh lakukan yang terbaik untuk diri you dalam bidang you. Katakan you seorang pendidik, you sangat berjaya bila anak murid you sayangkan you dan menghargai you sebagai pendidik mereka. Kalau punya cita-cita tinggi dan mahukan lebih lagi, berusaha untuk dapatkan Jawatan Guru super. Tak kisah la apa pekerjaan sekalipun, walaupun cuma sekadar seorang pelajar, buat bersungguh-sungguh dan bagi yang terbaik. Mesti time tu you akan puas hati, you akan rasa bangga. sebab semua atas daya usaha sendiri, bukan dengan hasil ikhsan belas kesian harta orang yang berjaya di kikis.

Ok, lepas ni jangan berangan lagi nak jadi isteri orang kaya. No. No. No. Tunjuk yang kita intelligent, tunjuk yang kita ni mampu berdikari dan buktikan yang kita boleh berjaya. Sekurang kurangnya buktikan kat orang tua yang susah payah dorang sekolahkan kita sampai ke Universiti sangat berbaloi sebab kita gunakan ilmu tu sebaik mungkin, bukannya menggoda si kaya dan rosakkan rumah tangga orang untuk kemewahan. 



Nota bulu kaki macam meggie: Harta dunia, walau banyak macam mana sekalipun tak kan pernah cukup -.-'

14 komen indah:

.aira. berkata...

yee, sokong ni, kite blaja tinggi2 what for kan ?? baek gunekan ouh, nt kot2 TERbecerai, atleast kite adde duit sendiri,

lagi best lau laki kite pon berpendidikan, baru enak dipandang mate, HAHA

jempot lihat blog dan tingglkan jejak yee :D
aiz batu campur - tips mengelakkan perut buncit, haha

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:) betol betol betol.

Lala Lulu berkata...

ya ! betol-betol . .
sia-sia je blaja tinggi-tinggi kalau tujuan nak belajar tu dah lari .

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:) betol betol betol :P

Hapiz Rahman berkata...

amboi.. korang. abis lelaki yg pendidikan UPSR mcm aku nie xde sape nak ler? huhuhu sedey2.. :(

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

hurm. x kata pon macam tuh. cuma ni jujur dari kaca mata I :|

ravishingpeacock berkata...

papepn sgt2 stju ngan statement lam nota bulu kaki tu :)

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

manusia mane penah rasa cukup :|

Fay Nana (Cik Fana) berkata...

i sokonggg!! haha~ I pun letak standard mcm u jugak. org kate i ni memilih lah apelah. haihh

btw, nice entry!!

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

bukan pasal memilih tapi benda ni realiti.seriyes ni. susah nak buat org faham T_T

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

bukan pasal memilih tapi benda ni realiti.seriyes ni. susah nak buat org faham T_T

hazarimi ♥ berkata...

setuju sangat2...
perempuan sekarang dah mampu berdikari...
yg berdikari menggoda lelaki kaya tu...sorry, u r not qualified to call urself a WOMAN!

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ berkata...

huhu...
yup!...
kalo nk jadik kaya!usaha sndirik!...
kalo laki kaye,,,ntah2 jdoh xpnjg...
cerai...
abes sume..
he3...
nice blog!...

btw...folow2 la blog i yea..
http://owlkieranaa.blogspot.com/

fiQa™ berkata...

sgt bersetuju. blaja tinggi2 then ada kerjaya sndiri :)
baru best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...