Followers

Jumaat, 25 Jun 2010

Fenomena Bola: Rahsia Keuntungan Warung Mamak dan Kenapa Lelaki Pilih Warung Mamak





Makan bola, tidor bola minum coca cola. Eceh, kemain lagi musim bola ni. Ni dah masuk kali ke tiga I tulis pasal bola. Walaupun I tak kene bacteria demam bola tu, tapi disebabkan orang sekeliling asyik bercakap pasal bola sampai sebelom I tido pun dok mengumpat team Italy dah balik kampung sampai peminat kipas mati Italy emo dan mendelete sesape yang gembira dengan kegagalan italy tu dari facebook. Mak di dapur pun dok cakap 


" Eh, Perancis pun dah balek ke hometown ek?" sambil memasukkan garam kedalam kuah ikan yang telah digaramkan sebelum ni.Selamat la tangan I tak gatal nak gaul sebati garam tu. Sempat jugak mak sendiri senduk balik garam tu.


Tapi satu benda la kan i perasan, sejak I post entry Kenapa lelaki suka bola sepak,  hari-hari blog I dapat pengunjung dengan keyword kenapa lelaki suka bola sepak. Nampak sangat la ramai cik awek, Puan isteri and mama sayang makan hati musim world cup. Tiap-tiap 4 tahun sekali, cik abang mesti hilang dari rumah di malam hari dengan alasan nak tengok bola kat mamak. Mamak pulak senyum selebar yang mungkin. Almaklum time macam ni la dorang nak jana pendapatan sampaikan baru-baru ni I dengar pendapatan mamak meningkat 20 peratus waktu world cup ni. I jamin ramai yang menangis dengan entry I yang merapu - rapu hari tu.


 T__________T.


Ampun kak. Bukan macam tu.


Macam ni cik awek, puan Isteri dan mama sayang semua. Cik abang tu keluar tengok kat mamak tu bukan sebab rumah tak ada Astro, tapi TV LCD di rumah tuh tak cukup besar kak. Nak tengok match yang 4 tahun sekali ni memerlukan skrin yang besar.Lagi besar dari yang ada kat mamak tu lagi bagus. Baru jelas dan puas hati. Lagipun kalau cik abang tengok di rumah, Incik abang takut puan akak anak beranak terjaga dari tido. Incek abang tak mungkin berjaya mengawal perasaan untuk menjerit Goal. Sama macam kakak gagal mengawal perasaan bila tengok promosi J-Card day, macam tu jugak la dilemma cik abang bila tengok pasukan England menjaringkan goal. Kakak mesti sedar, tak pernah lagi sejarah dunia ni orang menjerit goal di dalam hati. Selain itu, Puan kakak harus sedar, bola sepak ni adalah sejenis sukan kegemaran yang sangat banyak mempermainkan emosi encik abang. Encik abang tak sanggup menitiskan air mata hampa mahupun meluahkan kekecewaan mereka kepada kakak.Macam la kakak faham kalau dia cakap "Sayang, tadi Italy menjaringkan goal tapi off side. Sayang tau tak betapa kecewanya hati abang?". Kalau cik abang tu dapat spesis yang melayan okey la, mungkin dapat respond positive seperti "Abang, nanti kita ke Italy bagi semangat kat team kegemaran abang tu yer?". Cuba kalau dapat yang tengah datang bulan, dengan anak yang merengek-rengek kat sebelah mau abang kene pang sebab bengang.Kalau dapat yang jenis emo, dia akan nangis sekali sebab sedih tengok encik abang cam bang *** sebab  kecewa dengan kekalahan yang tak de kena mengena dengan sejarah hidup abang pon. T____T


Puan kakak harus bangga dengan Incek Abang yang menonton bola di warung mamak. Incek abang sedar,tanpa kedatangan dorang ke warung mamak tu,sudah pasti mereka tak mampu menjana pendapatan. Cuba kakak fikir logik macam ni:


Encik abang kerja di Kilang Kopi.
Encik abang order kopi di warung mamak.
Tokey Mamak beli kopi dari kilang kopi tempat Encik abang kerja.
Pelanggan di kedai mamak bertambah,
Tokey mamak beli lagi banyak kopi dari kilang tempat encik abang kerja.
Pengeluaran Kopi meningkat,
Pendapatan encik abang bertambah,
raya depan boleh tukar perabot rumah.


Sekarang ni Puan kakak faham tak kesinambungan kepentingan encik abang ke warung mamak tu? Pemergiannya bukan untuk bersuka-suka tapi beliau turut mempromosikan kopinya di sana demi melaksanakan impian raya puan kakak tahun ni.Puan kakak tak usah kuatir dan rasa sakit hati mahupun cemburu kepada si madu 4 tahun sekali. Adalah lebih baek dorang tengok bola dari tengok perempuan lain di malam hari.


Lepas ni Tokey warung mamak kena bayar royalty untuk I sebab buat promosi macam ni . :|


nota bulu kaki macam meggie: Kadang-kadang layan orang tengok bola ni macam seronok jugak walaupun tak faham satu benda apa pun yang dorang ni dok emosi :|

9 komen indah:

Hapiz Rahman berkata...

aku layan kat umah je.. hahahah.. zaman mamak ni suda berakhir.. (biasanya laki yang umah die xde astro ataupun bujang saja layan kat mamak.. :P)

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

oh ye ke? :P cni x de fonomena mamak ah :P

princeduyong berkata...

untung ke mamak tu...minum teh segelas...duduk berjam jam...

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:P entoh ler.... g mamak pon aku jarang2.... T______________T

Wan Perlis berkata...

tgk bola kat mekdi pun ok

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

wa... mccflurryyyyyyyyyyyyy

Azam Shah berkata...

lau tgk kat mamak feel la gak nak jerit goal ramai-ramai..
tp lebey suka tgk kat umah saje
lagi selesa kot...

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

aku kat mana2 pon x layan der....

joegrimjow berkata...

nasib baik xgile bola
so... mmg tido awal la biasanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...