Followers

Khamis, 17 Jun 2010

Bertudung tak Bermaksud Baik Tapi Tak Bermaksud Kau Perlu Bukak Tudung Kau Lepas Baca Entry Ni

Bila berbicara dengan si adik yang sudah baligh pasal awek yang agak baik tapi seksi membuatkan I terfikir sesuatu. Bukan pasal nak kutuk perempuan yang bertudung dan upkan awek yang free hair. Hell no! I pon pakai tudung walaupon  slalu jugak melayang. I cuma nak cakap pasal sesuatu yang kita buat-buat tak perasan.

Now a day, banyak da saudari muslimah kita belajar menutup aurat. Walaupon pakai baju nampak bontot, tapi dorang masih berusaha menutup helaian rambut walaupon guna kain jarang. Kira okey la dorang berusaha. Dari gambar orang dulu-dulu pakai kebaya ketat, rambut sanggul tinggi dan selendang nipis yang tak dipin kan. Sikit-sikitkan mahu berubah. Masing-masing sudah besar, di sekolah belajar agama. Cuma tinggal usaha sendiri je nak laksanakan. Same macam I, walaupun liat dan  malas.Tapi kalau sudah di biasakan lama-lama semakin kurang la gugur kain di kepala itu sebab menutup aurat tu suatu yang wajib.Tapi bukan itu nak I bicarakan. Ish Ish 
Ish.

Sekarang fenomena tudung Yuna, ramai yang tak bertudung mula bertudung. Walaupun sesetengah suara sumbang kata setakat ikut fashion, tapi bila fikir balik bagus la, ada usaha nak tutup sedikit aurat daripada togel teros :)

Cuba you berjalan-jalan, tak kira la Di Jusco Tebrau mahupun di Midvalley ataupon di The Spring Kuching, mesti sepasang mata anugerah Illahi tu sudah lali melihat aksi muda mudi berchenta yang berpegangan tangan dan berpelukkan di khalayak ramai. Benda tu nampak biasa, walaupun si perempuan tu bertudung, tapi berjalan berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim  tu dah jadi perkara biasa. Sebab selalu sangat buat, mata masyarakat dah terima benda tu walaupun ada segelintir mata terasa macam kurang selesa. Sekarang ni, bertudung mahupun tidak, bezanya cuma si bertudung tu bertudung. Faham tak apa yang I cakap?Maksudnya walaupun bertudung, tak semestinya gadis tersebut pandai menjaga bodynya.Tak kahwin lagi dah dapat waran untuk kau sentuh tubuhnya.Walaupun tak ke ranjang, tapi kalau sudah berpeluk dan berpegang tuh tetap sudah menyentuh. You faham tak? Kiranya ada susut nilai dari segi wang hantaran dan mas kahwin di situ.


Itu baru kisah pasal batas pergaulan. Teringat kejadian di Old Town berhadapan dengan Alamanda beberapa bulan lepas bersama si adek. Kitorang online dan tiba-tiba si adik buzz I di ym suroh I pandang belakang. Bila I toleh ke belakang, i tengok seorang gadis yang cute, pakai tudung yang tak senipis selendang I dan baju tak sesendat pakaian I sedang merokok. Oh. Mungkin si gadis ada masalah resdung dan mahu halau ulat-ulat resdung tu keluar dengan rokok dari kotak malboro(ye ke ni ejaan dia?)

Waktu di Kolej Matrikulasi Pahang dulu, I keluar dengan kawan baik I di Midvalley. Sebab hari sudah senja, kitorang melangkah ke stesen KTM untuk balek ke tempat berteduh masing-masing. Waktu nak ambil gambar di jejantas sebelum balik, kami tersentap dengan aksi pasangan di depan mata. I ingat lagi gadis tu berbaju dan bertudung pink. Kulitnya cerah. Cantik dan si lelaki pulak boleh tahan. Dari dalam bangunan I perhatikan pasangan yang sentiasa berpegangan dan peluk-peluk tu. Yang buat kitorang sentap, dengan selambernye couple tuh bercumbuan di hadapan khalayak ramai.

Kalau tengok movie aksi macam ni nampak macam sweet tapi bila saudara seagama kita buat di khalayak  ramai rasanya macam malas nak cerita

Itu baru sedikit. Tak cerita lagi benda yang lain termasuk la tang solat dan mengaji Al Quran. SMS yang cuba I sampaikan adalah, now a day, cant say la cara pemakaian tu melambangkan keunggulan akhlak seseorang. Baek la, lelaki mana yang suka perempuan dia tayang body kat sapa-sapa. Tapi kalau di bagi pilihan perempuan yang bertudung tapi selalu tinggalkan solat dan bodynya suka hati kau pegang  dengan perempuan free hair tapi solat dan etika pergaulan dia jaga, tak kan you masih pilih yang bertudung tuh. Oh, kalau sudah cinta mana mau kira kan?

Sekarangkan, masing-masing dah besar, dah tahu buat pilihan. Kalau hati dah jumpa yang berkenan, tapi issuenya pada pakaian, pandai-pandai la didik perempuan tu supaya ikut arahan Allah SWT. Lelaki kan imam. Tak kan benda tu pun susah. Tak payah la paksa sangat.Sikit-sikit you tegur lama-lama berubah la.Jangan la mengharapkan pasangan you terus pakai tudung litup.Bagi dia masa.Walaupu bertudung tapi pakai baju nampak bontot.Lama-lama dia akan labuhkan pakaian dia.Asalkan you sebagai pasangan bagi dorongan.Perempuan ni kan keras kerak nasi. Kau rendam dalam air, kau sental dengan taik besi, hilang ler kerak nasik dari periuk tu.

Nota bulu kaki macam meggie: Kadang kadang I rasa menyampah lelaki kutuk perempuan pasal aurat padahal die sendiri pakai short nampak lutut.Tak cakap lagi bab mengumpat, merokok, tak jaga solat, tengok cerita blue, cerita lucah, dan benda-benda lain tapi ada hati kata "Saya mahukan gadis yang solehah sebagai peneman hidup". Cet. Kalau la Pengemudi kapal pon tak tahu arah, angin tak bertiup pon kapal tetap karam bang!

26 komen indah:

saya_arief berkata...

dunia akhir zaman..

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

paling lebeh, tu je yang mampu kite cakap. eh ckap memang senang

safiyyahosman berkata...

hujah yang baik:)..
setiap manusia mmg lalai..
tp setiap org diberi satu rasa ubtuk insaf:)..

ya cakap mmg senang..
:)
kira dah menegur itu sudah bgus kan..:)
selalu ingatkan diri sebab kita xboleh lari dari terbabas:)

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

memang dah namanya manusia macam tu.kalau nak tegur bajet bajet kata orang.Tapi biasalah.manusia nampak yang buruk jer :D

shaa bonitaa berkata...

saya sgt stuju ngan anda!
laki kalo tgk pmpn pkai tudung n xseksi,terus kate pmpn tu baek..
pdhal die xthu pmpn tu penah je bwat dajal ngan pkwe die..pastu tnjk baek n sopan depan laki..hipokrit gile~~

kerol berkata...

yg terbaik..pakai la pakaian yang menutup aurat without any doubt.

pada aku la, kalau bertudung tapi yg lain still 'telanjang' 2 x 5 gk ngan tak bertudung.

berkempen la supaya semua wanita muslimah bertudung dari segi jasmani mahupun rohani.

(lelaki pun kena gak 'bertudung')

nur safina izwani berkata...

Sangat setuju , tu la . da terbalek sumaa ;'(

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

sha: oleh itu, kenali hati budi dulu baru komen kan?

kerol: Mungkin senang bagi u sebagai lelaki nak cakap sebab aurat you tak banyak. Macam I type tadi, sekurang-kurangnya kami sebagai perempuan ni berusaha. Senang je jari dan mulut lelaki nak cakap weh. Cuba kalau korang di tpt kitorang. Cuma u all sebagai lelaki perlu bg lebeh dorongan dan nasihat berhikmah kepada perempuan korang. Bukan takat kutuk das das dassss...

shafina: benda ni subjective.maseh banyak perempuan bertudung yang menjaga maruah diri :)

Ery: heee...sangat tersentap :|

kerol berkata...

sebab t la, baik laki mahupun pompuan semua yg beragama Islam terutamanya. tegakkan la kembali sistem pemerintahan Islam secara mutlak.

jom kembali kepada keagungan Islam.

kerol berkata...

Iera: maaf, rasanya takde mengutuk. kalau ada bunyi macam mengutuk tak tau la plak.

kan dah bgtau, lelaki dgn pompuan sama je. Allah tu kan MAHA ADIL.
saya berpegang pada yang tu je.

ALLAH MAHA ADIL.

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:) saya tak kata kamu kutuk. saya cuma mahu kata nak menegur berhikmah. Ada beberapa perkara kita tak suka tapi kita tak boleh nak buat apa kan? so kite kene la kembali kepada awalan, sirah nabi menegur secara berhikmah. Islam, kalau di laksanakan dengan menyeluruh, tak seleweng2. insya Allah negara akan aman... Tapi bila nak jadi kat malaysia Wallahualam. Sementara tak ada ni pandai2 la kite jaga diri :D

Nina Nurziana berkata...

huhuhu....bagus entri nih ;)

White Girl berkata...

Bagus la entri awak ni. Best saya baca. Memang pun tak semwatinya y pakai tudung pandai jaga maruah, jaga diri. Kan..

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:) sebarkan kebaikkan kepada org ramai.yey.lol

faye berkata...

huhu betul2x apa yg diungkapkan itu...

nas berkata...

pergh...entry yang penuh bermakna tue..huhu..taw xper..bese ar jmpe pasangan kapel yg pegang2 tangan ngan bf dye...pakai tudung ngan xbertudung sme jerk!! erk... terasa gak pasal perenggan yg terakhir tue...ahahhahaa..insaf2..

firdaus khalid.com berkata...

aipp..aipp..

sorry..i msuk here dari INIAKU..
hak3..entry yg stronger..so..kesimpulannyer..same jer kn dua2..klau ustazah pun boleh make a blue film..ape lagi org yang "tengah jadi kapten kapal ni"..

follow x follow tu hak dowang..klau u rimas..g jela attack sesape yg suh u follow tu..or u wat x twu jer..kebanyakannya wat x twu..klau like bru follow..not " hai..sye da follow awak..follow balik ea" hak3..ini bukan caranye..

p/s: wlaupun aku ni lelaki..tpi aku x selese sgt jnis pkai short kuar jenjalan..why??korang punyer bulu betis tu ade emas ke??jenama levis ke??sorry guys..emo plak..

bellar0ssa berkata...

yg penting kene pndai jg diri sendiri..

♥ حسنو زون ♥ berkata...

Syukran..
1 pengislahan diri yang baik..
peringatan buat diri ana jg..

AyieBlog berkata...

Salam,wa sedih baca entry awak,pasal sedih tengok anak bangsa,sedih tengok satu agama,amat sedih masyallah,jauhkan diri tergolong dari golongan tersebut. :)

fiQa™ berkata...

mmg betul terjadi kat zaman skrg ni
tp ade kisah,
perempuan tank tp laki pakse die pgg tangan semua. adoi.
then mcm mana nak buat tu ?

Zool Blogger berkata...

biasalah tu.. nak tegur kang di bisingkan kita.. Thanks sebab sama-sama menegur disini..
Rasanya first time ke sini.. Thanks singgah ohpemandu.com

Zool

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

ramai yang share n like. hee.. alhamdulillah. dakwah kecil. suke bila kamu suka. Insya allah akan ada versi2 lain dalam blog ni.sebarkan kebaikkan kepada ramai :) and kepada sis fiqa, lelaki kalau betol betol sayangkan kite, dia akan jaga kita. Bukannya pedajal kita.So kalau teman lelaki nak jugak pegang2 ni u tinggal je da.... setel cerita :D

TUKANG KATA berkata...

ustaz aku ckp mulut org yg mengatakan "bertudung tak bermaksud kau baik" merupakan satu dakyah utk menghalalkan apa yg Allah haramkan,,
apapun,buatlah spt yg disyariatkan dlm islam..syurga neraka tu let Allah decide..
Alaisallah biahkamil hakimin?Bukankah Allah sebaaik2 hakim?
:)

Lyaa Suriany berkata...

i like this entry.........

Insan berkata...

nice :)

n yg pling sy adlh ayt ni

Kadang kadang I rasa menyampah lelaki kutuk perempuan pasal aurat padahal die sendiri pakai short nampak lutut.Tak cakap lagi bab mengumpat, merokok, tak jaga solat, tengok cerita blue, cerita lucah, dan benda-benda lain tapi ada hati kata "Saya mahukan gadis yang solehah sebagai peneman hidup".

stiap manusia inginkan yg terbaik dlm hidupnya..tp dia sdri x pernah mencuba utk menjadi yg terbaik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...