Bila cakap pasal nak tak nak ni , aku rasa sedih bila dengar penceraian demi penceraian yang berlaku di sekeliling aku ni. Bukan sekadar penceraian si artis yang saheh la satu Malaysia tahu, tapi jugak bila kisah couple clash putus menangis kawan-kawan di sekeliling aku buat aku rasa perit pedih sakit hati bersama. Tapi nak cakap macam mana, bak kata si artis, jodoh kami setakat ni saja.Tapi mereka baru couple, tak kan dah dikatekan jodohkan?
Bila di tanya soal sehidup semati pasangan yang kau mahu, pasti kesempurnaan yang di cari di segenap pelusuk hati. Jujur kata, aku pun macam tu. Waktu punya seseorang di dalam hati, aku masih mencari yang lain sebab aku mahukan yang sempurna. Aku tak rasa cacat dia layak untuk aku terima, aku sentiasa rasa aku layak dapat lebih dari apa yang dia ada. Biasanya manusia yang tak reti bersyukur macam aku akan terkena juga. Cacat dia la yang aku sayang selama ini.Ah, biarla, itu cuma kisah silam yang tak mungkin di ulang.
Dulu aku pernah tanya mak, kenapa sayang kat si abah walau si abah tak sempurna. Lelaki. Ego, baran. Aku tak faham kenapa mak boleh tahan semua tu. Sumpah kata aku benci orang ego dan baran. Kalau bagi kat engkau , engkau pun takkan sukakan?
Maka mak jawap;
" Kalau dinilai dari sudut mana sekalipun, tak ada insan di dunia ni lahir dengan kesempurnaan. Kadangkala, terima ketidaksempurnaan orang lain boleh buat kita rasa bahagia."
Lama jugak aku ambil masa nak fikir balik apa yang mak kata. Betul la kita ni manusia terlalu mencari kesempurnaan dan tak boleh terima kelemahan orang lain. Misal kata kita dapat seorang pasangan yang baik hati tapi muka tak sampai hati nak kata hensem mahupun lawa, kerap kali rasa tak bersyukur berbisik "Aku boleh carik yang baik hati dan yang hensem". Lepas tu mula la carik lain. Pasang scandal lagi satu. Pecah belah rumah tangga sebab tak reti bersyukur dan enggan menerima pasangan seadaanya.
Kadang kala aku tak faham apa yang ada di minda seseorang terutama lelaki. Bila melihat si isteri tak sempurna, misalnya tak reti memasak, ataupun sebab sudah tua dan punya banyak lemak di badan, si suami dengan senang hatinya bagi alasan ketidak sempurnaan si isteri sebagai alasan untuk mencari pasangan yang satu lagi. Kalau la si suami seorang yang sempurna, mungkin layak bagi dia untuk mengeluarkan waran tidak sempurna itu. Tetapi hakikatnya si suami pun sama cacatnya.
Tak payah cerita pasal sudah berkahwin. Telinga dan mata yang masih jelas di lengkapi dengan akal yang waras untuk berfikir ni seringkali di sajikan dengan kata- kata ini dari lelaki,
"Ala, apa susah. Tak reti masak abang carik yang lain."
Kadangkala aku rasa poligami dalam Islam ni dipermainkan oleh sesetengah lelaki demi mencari kesempurnaan dan kepuasan hidup. Sedangkan Sirah Rasulullah berpoligami untuk melindungi wanita lain. Kalau nak kata tak pernah belajar agama, tak masuk akal sebab hukum poligami sudah di ajar di zaman sekolah. Mungkin tiada penghayatan akan keindahan Islam dan enggan mengenal sirah membuatkan sesetengah lelaki dengan mudah mempersenda poligami untuk kepuasan diri sendiri
* * *
Kembali kepada kata-kata emak tadi, aku rasa, kita manusia yang terlalu mencari kesempurnaan ni hanya akan nampak segala yang tak indah dari orang lain. Segala cacat cela seseorang itu semuanya kita nampak. Indahnya semua kita pejam mata. Tutup mata la kisah couple ni. Kita cerita ikut kamus persahabatan. Kadang kala kita rasa sahabat kita tak sempurna. Janji pukul 10 pagi tapi datangnya sejam kemudian. Rasa sakit hati dengan benda remeh kadangkala membuatkan kita rasa mahu mencari sahabat yang lain. Segala indah, manis dan pengorbanan sahabat kita tolak ke tepi. Lepas tu, bila bersama yang lain mula la mengata belakang. Buruk si dia ini, buruk si itu macam ni. Sedangkan bila hati perit si buruk itu la yang ada disisi selama ini. Kawan teman mengata si buruk belum tentu baik dengan engkau. Silap hari bulan die mengata engkau lagi teruk dari belakang.
Tak kira la dari segi hubungan persahabatan mahupun berpasangan, bagi aku, terlalu mencari kesempurnaan boleh membuatkan hati lagi banyak berdaki. Macam virus kau tahu? Kita tak boleh paksa orang untuk faham kita seratus peratus. Macam makan kek di secret recipes.Walau pun sedap tak ingat dunia, tapi kita tak mampu nak telan semua. Sama jugak la situasinya pada dunia dan hubungan kita sesama manusia, manis dan sedap tapi tak semua kita boleh telan. Maka yang tak boleh di telan tu simpan la, buat santapan di masa depan. Kalau la kita nampak tak sempurna kat orang lain, boleh bayangkan tak betapa buruknya kau di mata orang?
nota bulu kaki macam meggie:
Dia mungkin bengis seperti singa,
Tapi dia nangis tonton cerita korea.
Dia mungkin keras bila bersuara,
tapi dia jelas jujur apa adanya.
aku lagi kenal dia.
Sayang mungkin baran tak kira masa,
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya,
Sayang mungkin saja keras kepala,
tapi sayang manja bila kita berdua,
saya kenal sayang saya.
8 komen indah:
suka dengan ayat2 kamu itu...makin banyak yang kita dengar skang ni...CERAI CERAI CERAI!!! hurm aku pown tak taw nak cakap apa lagi...sedangkan lelaki poligami yang mereka mahukan akan tetapi tidak mengukur kain pada badan sendiri....sedangkan satu tidak terjaga inikan pula nak pasang 3&4...tidak ada keadilan disitu yer...
Entry terkini : kucing nie nak nama yang CUN juga!!
Tuhan jadikan kita saling tak sempurna untuk melngkapkan antara satu sama lain..
Dan serius memang xdak orang sempurna dalam dunia nie..
klu bab poligami nk kaitkan dengan agama..pastu bab adil xnk ikut agama lak kan....
kalau bakal suami eyka nak bermadu , eyka nak suruh dye bagi 100 sebab. kalau tak CERAI kan aku. sekian :)
ofkos semua org nak yg sempurna. tapi kite kene cermin diri dulu. sempurnakah kite nak dapat partner yg sempurna. :D
poligami zaman skrg ni rasanye more to hawa nafsu je kot....hehehe
sgt suka entry ni!
x semua org boleh tolong betulkn kesilapan kita, dorg tau mengata je
kdg2 org yg ko x sangka la tikam dari belakang sbb kita percaya dia tu baek
*moga ko bertemu dgn org yg kau senangi kelemahannya spt dia terima kekuranganmu*
wahh..kata2 yg tulus dari perasaan seorang wanita..thumbs up sbb dpt share utk kami semua..lagi2 si lelaki ni..
memang biasa lelaki lebih pentingkan kesempurnaan wlpn diri sndiri pon xbrape nak smpurna..berbnding pmpuan yg biasanya terima kelemahan lelaki..nature pmpuan, sekali syg..ssh utk dia syg org lain..sebaliknya laki, boleh jadi boring dgn syg tu, kalo pasangan dia tak mcm ape yg dia harapkan..
haish..papepn bkn takde lelaki dan pmpuan yg setia kat luar sane kn..semuanya bergntung pada kebijaksaan kita utk cari mr/mrs right tu..erk, mncari kesempurnaan gak tu. haha..
Catat Ulasan