Followers

Ahad, 25 April 2010

Bukan Kisah Cinta Cyber, Cuma nilai sebuah friendship yang kau MESTI tau


Ah, kalau bercakap pasal cinta cyber berkarang - karang tak kan sudah. Berkoyan-koyan tak kan puas. Macam -macam teori keluar pasal Hikayat Cinta Cyber ni. Cakap bahsa urdunya memang jadi soalan spot SPM tiap-tiap taun ah. Ala, cinta cyber ni sangat biasa dah sekarang.Cuma komen I, pandai pandai kau ler nak buat keputusan.Dah kalau jodoh nak buat macam mana.

Tapi yang I nak tulis kali ini bukan pasal Kisah Cinta Cyber. Bukan weh. Nehi hey! I nak cakap pasal cyber dan friendship. Sejak I form 3, I mula kumpul sahabat cyber . Kebanyakannya I kenal time chat di forum portal utusan. I la antara user selalu menyemak di situ. yellow_coolgirl89. Ada antara dorang yang I penah jumpa macam Fqah(freakygirl),Ann(Ann hakkai kot)-kitorang 1 fakulti skang!!-, Udin -satu campus,kadang2 ada la jumpe di fakulti I- dan ramai lagi la.

Waktu I dapat matrik kat semenanjung dulu, Hanin(si tupai) bagi ym ID I kat sorang budak ni, Farah Yasmin. Ciss.... Hari pertama chatting, kitorang dah cerita banyak benda.haha..teringat sejarah budak Ampang kami.Kebetulan kitorang dapat matrix yang sama. So kitorang decide nak jumpe kat sana. Hari pertama jumpa macam dah lama kenal. Ingat lagi family die tanya macam ni time I ikot die balek Shah Alam;

Family die:Korang sama kelas ek?
Irah: tak la.
Family die:Same kuliah?
Irah: Pun tak.
Family die: Satu blok?
Irah :Tak jugak.Kitorang kenal time chatting.

Me and Farah Yasmin Zaman matrix dolu dolu


See? See? Kenal chatting je dah boleh buat macam kawan lama. Sama macam time I keluar dengan member I, Amalina(Mali).Dia member kepada kawan baik I, Syamimah. I dengan Mali pernah jumpe skali je so far, dekat Mid valley . Lepas tuh kitorang boleh melepak sampai ke KLCC tanpa Syamimah =P. Ingat lagi adik die dengan member die terkejut bila I cakap tu first time I jumpa dengan dia padahal gaya macam I ni satu school dengan die.All this while I cuma main friendster dengan myspace je dengan die time die masih tinggal kat oversea dulu-dulu. Ok, tu cuma dua kisah kawan internet I. Dulu exroomate time matrix pon I kenal time chatting kat friendster. Itu kisah ke 3 dan ada banyak lagi hikayat sahabai cyber I.
 
Time cuti CNY 2008

Alkisah,zaman matrix dulu I rapat dengan sorang awek ni. Nama dia Siti Nursyuhada.Kitorang sangat-sangat rapat. Selalu study same. Meniru tutorial Math bf die bersama. Jadi orang ketiga time dorang dating kat library.Selalunya Hari Isnin malam selasa I akan bermalam di bilek die. Nak meniru math bersama sebab cuak dengan tutor cam garang. Rasa macam serasi dan sayang sangat-sangat.Dah la kitorang wajah yang suke menjahanamkan kasut.Rasanya tak sampai sebulan mesti tukar kasut lecture sebab rosak. Time isik upu kitorang nak mintak course dan tempat yang sama. Jadi, tak payah la nak setup hidup dengan orang baru. Tapi entah kenapa I buat keputusan amek course yang I amek sekarang. So kitorang terpisah.Dia ke UUM, Sintok,Kedah. I pulak ke UTM , Skudai, Johor. Since first year henset I pernah hilang dan I 3 kali tukar number sepanjang berada di sini, so kitorang lost contact. Puas I carik facebook dia.


Gambar atas:Me and Syuda kat Perpustakaan.
 

Gambar bawah: Kat lab zaman Matrix

Nak dijadikan cerita, tadi entah macam mana tangan comel ni tergerak hati nak usha page sorang hamba Allah ni. Bila i usha page die, tengok display friend dia tu boifren si Syuda. Ya Allah, memang dah rasa dekat sangat-sangat.Lepas tu I click page boyfren die, then I terjumpa page die. Dorang masih couple lagi. Seriyesly I rasa happy and teruja sangat hari ni disebalik keserabutan I kemas barang tak sudah sudah ni. Kesimpulannya Sosial Network macam tu tak semestinya untuk carik laki or bini je weh. Banyak lagi benefit asalkan kita tak salah guna :). 


nota bulu kaki macam meggie: Sangat heppy dan rasa nak melompat-lompat je hari ni :D.

9 komen indah:

aizuddin.com berkata...

asal ada nama aku ni weh?haha..
tenet membuatkan aku kenal dgn org yg tak kenal lgsg sblm ni..huhu

Sylarius berkata...

Pada mulanya gua enggan mempercayai akan cinta di alam cyber. Setelah beberapa hidup di dalam penafian, akhirnya, jodoh gua tetap di alam cyber.

Cinta, walau bagaimana kamu cuba menjauhkannya, ia akan tetap akan mencari kamu.

<b>mIsH IeRA cIK irAh</b> berkata...

udin: betol betol. kalo x,x dapat buku data structure:P hahaha
sylarius: itu lah namanya jodoh

Kapten berkata...

betul
dah ramai kenalan aku melalui blog ni

hehe

anDi berkata...

hahaha, comel ah entri ni.

<b>mIsH IeRA cIK irAh</b> berkata...

kapten : =p haha..... :D
hanin: org yg menaip entry ni lg la comel

mean_Queen berkata...

mengetap jari sebab telampau terharu...akan ketembaman aku di matriks. wahwah padahal skarang maken tembam. wehhh. siyes rindu wehhh. rindu time ko bertandang tanpa diundang ke bilik aku dgn gosip macam2..dan rindu beg Nike sandang kaler cokelat dan pink! (beg aku adek aku da pakai) T_T

mr_abs berkata...

aie. rindok ati nemu kwn lamak oo..best juak fb sbenarnya part gia. tertemu kwn lamak oo. best2

<b>mIsH IeRA cIK irAh</b> berkata...

jas: beg tuh aku simpan lg derrrrrr..hahahah
azahari: mena aih.rindok eh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...