Followers

Rabu, 25 November 2009

Kisah sekeping hati

Couple? Semua tau ape itu couple kan dan semua orang ada definisi dan pandangan berbeza dengan istilah couple ni. Sesetangah berpendapat couple ni untuk org yang da kahwin je. Ade pulak yang bagi pendapat pendapat yang laen.

pendapat aku? Bagi aku couple memang untuk orang yang dah kahwin je. Bukan berniat menunjukkan islamic konon2nye..(padahal pakaian sokmo x cukup kaen : Solat x cukup waktu). Cuma aku sentiasa sakit bila dengar bila orang bercerita tentang kisah cinta.... Sakit bila tengok orang lain di sakiti. Sakit bila tengok sahabat-sahabat perempuan yang menyiksa diri, membutakan mata untuk lelaki yang belum tentu sah menjadi milik die.Kadang - kadang aku tak faham dan aku rasa mereka bodoh melakukan perkara yang sia - sia...

Couple dan aku? Hurm, sejak meninggalkan zaman sekolah, aku mula berfikiran matang. Bagi aku sekeping hati seorang manusia itu bukan suatu alat permainan. Hati seseorang yang ingin kita sentuh itu sesuatu yang sangat berharga. Bagi aku hati yang kecewa selalu melakukan sesuatu yang berada di luar kewarasan.... Aku sentiasa menolak dan melarikan diri pabila seseorang cuba untuk mengisi another half di hati aku. Alasan aku..... aku tak sedia nak bagi apa2 tanggungjawap kepada sapa-sapa. Aku tak berani nak berjanji dengan sapa-sapa. Tapi sesungguhnya aku sangat-sangat takut terluka dengan janji dan harapan yang tidak mampu di tunaikan.....

Hati aku terlalu rapuh dan lembut.....

Percayakan lelaki? Hurm. Aku tak pernah setuju dengan pandangan lelaki langsung tak boleh di percaya.... Sebab aku tengok ada je lelaki yang setia...wujud je lelaki yang yang iklas. Dan aku tak kan kata perempuan tiada yang curang, sebab aku pernah jumpa spesimen yang jalang seperti itu. Tapi ada sesuatu pasal lelaki yang aku takut nak percaya...

Bila lelaki itu berbicara pasal hati, harapan dan masa depan.

Sumpah aku sangat takut. Aku terfikir seharusnya berapa lama untuk aku tunggu? Berapa abad untuk aku menanti untuk mereka menunaikan janji itu?...

Seperti yang aku kata... Aku sangat-sangat takut sekeping hati yang mudah rapuh ini berkecai...
Remuk....
dan hancur....
Aku sangat-sangat takut untuk terluka....
Maka.... aku terus melarikan diri dari persoalan yang melibatkan hati yang bagi aku sangat-sangat merimaskan...

Tapi sampai bila harus aku berlari?
Aku juga manusia biasa... yang punya kekosongan di hati untuk di duduki.
Kekosongan yang menjerit-jerit mencari penghuni.
Namun aku pujuk kekosongan ini.akan wujudnya penghuni suatu hari nanti.

Ada yang bertanya..
ada yang menanti... namun hati ini sentiasa berkata pergi... dan aku sangat akur kepada gerak hati itu.
Namun mungkin Allah mahu menguji.... Sejauh mana kekuatan hati ini...
DibukaNya sedikit ruang yang kosong itu untuk seseorg yang dinamakan lelaki...
Aku tewas....
Aku juga sama seperti sahabat-sahabat wanita itu...
Berkorban untuk orang yang belum tentu sah menjadi milik aku...
Yang aggrementnya tak habis di sain.Namun sudah diberikan hak untuk diduduki.
Dilayannya penghuni tanpa izin itu dengan Iklas... dan diberikannya penghuni itu sepenuh kepercayaan.

Dan akhirnya sekeping hati yang dijaga selama ini...
Sepanjang hayat ini....
Terluka...
Sayang diluahkan dari sekeping hati yang iklas...
Ego yang tinggi di turunkan ke tapak kaki...
Betapa lembutnya hati seorang gadis itu kepada penghuni nya....
Namun penghuni itu akhirnya melangkah pergi....
Dengan kata maaf....

Sungguh pemilik hati ini tidak mampu menahan penghuni itu untuk pergi...
Walaupun pemilik hati ini enggan melepaskan dia pergi...
Sayang bagi pemilik hati itu hanya untuk sekeping hati... tidak mampu untuk di kongsi...
Enggan di bahagi....enggan di beri silih berganti kepada orang lain.
Tapi apa hak sekeping hati ini untuk menahan penghuni itu dari pergi?
Maruahnya juga harus di jaga....
Hati yang terluka ini harus dirawat rapi....
Lukanya sangat dalam....
Hati yang berpenghuni tiba-tiba menjadi sepi...
Suara penghuni yang pergi bergema di setiap sudut....
Pemilik hati menjadi sakit!
Sesuatu yang di takuti pemilik hati akhirnya terjadi.....

Wahai sang hati. Bersabarlah meniti setiap dugaan...
Mungkin itu balasan kau...
Bongkak dan riak dgn kekuatan sekeping hati kau selama ini...
Taksub dengan kehebatan gerak hati.....
Sekarang kau di uji....
Kau taukan apa perasaan orang lain di sekeliling kau selama ini?
Kau mampu sudah untuk memahami?

Kepada penghuni yang telah pergi...
Usah kau bimbang hati yang terluka ini...
Ia akan sembuh dengan sendiri...
Namun bukan hari ini...
Tempat ini kembali kosong...
Dan kau masih boleh cuba menduduki...
Suatu hari nanti...
Cuma pinta pemilik hati ini..
jangan kau ulangi sikap mu itu..
kerana kau juga memiliki sekeping hati yang penah dilukai...
dan kau sendiri tau betapa sakit dan seksanya sekeping hati itu kan?
Sekali sakit hati kau ketika terluka....
1000 kali lebeh sakit hati pemilik hati perempuan yang kau penah duduki.
Kau juga pernah berkata kau bukan sekejam itukan?
maka berhati-hatilah jika kau mula bermain dengan sekeping hati....
Tak terdetik pemilik hati ini berdendam kepada penghuni yang pergi...
Tak terdetik rasa sakit hati sedikit pun...
Cuma sedikit rasa terkilan....
Yang dihiasi kata-kata duka..
kerana terluka.....
Dan pemilik hati terlalu sayang dan percaya kepada penghuni yang telah pergi..
Terima kasih kerana pernah mengisi kekosongan hati yang suram ini...
Terima kasih kerana mengajar sekeping hati erti rindu dan sayang..
Terima kasik kerana sudi menghiasi mimpi-mimpi yang indah...
Dan sentiasa menenteramkan hati yang terluka...
Walaupun akhirnya hati yang ditenteramkan ini kau lukakan.....

Kepada semua insan yang bernama Lelaki yang ingin menjadi penghuni....
Pergilah.... Jangan kau cuba untuk mengisi kekosongan ini....
Jika engkau masih tidak pasti...
Jika kau keliru dengan perasaan sendiri....
Segenap ruangan kosong di hati ini bukan untuk di singgahi...
Ianya cuma UNTUK DIMILIKI.....
Jangan kau cuba untuk mendekati... Jika engkau tidak pasti.. kerana sekeping hati ini sangat mudah untuk dilukai...

Kepada sahabat yang lain... Renung-renungkan lah kisah sekeping hati ini...
Dan berfikirlah... apakah harga sekeping hati selama ini?
Adakah kamu punyai sekeping hati untuk dihargai?

Selasa, 24 November 2009

A moment when i tink dat i'm actually cool.

I'm ady at Senai airport. owh so kewl bile tau akan balek .....

mula terhidup udara kuching dari JB.

OK lady.kau mmg over bila berbicara. Patut kau tidak di puja.

owh yer,sebelom balek tadi aku sempat pegi ke Jusco Taman Universiti.

Beli one cute cardigan kale black pink and white pink baby T...... sangat seronok sebab guna duit persembahan teater.

Saja je nak lekat duit tu to my self. nanti bila tgk terkenang la.... sebab adegan ini la aku x balek. haha... Nak beli selendang.... tapi kemudiannye lupe....waaaaaaaaa

Balek singgah ke McD and take away.. sampai ke bilik..

sit lazily atas kerusi and bla3..langsung x de selera nak makan.. kemudiannye sedar2 da pukol 3. documen untuk biasiswa x check lagi file yg mane satu. skali dengan surat beranak mau buat passport. make up bersepah dan kasut bertaburan. jenuh pikey nak bawak yang mane satu(ala kecoh,sat g kuar pakai slipar jamban.ko mmg mcm ni)

Bila sampai ke airport dgn kasut yg di letak dlm plastik tanpe kotak (aku x ingat mane letak kotak kasut nike...) dan slipar.....(aku jumpe kotak tp malas nak pkey da.) sumpah aku rasa aku selekeh gile mcm tuh. dan terpikey sejenak tentg sesuatu...

sem ni aku banyak buat rekod dunia dlm kamus aku sendiri....

banyak buat bende yang sia2.

Study aku cam ****.....

Personal life aku pon cam dot dot dot jugak.....

Siyes aku khayal sendiri sendiri sem ni.

Sem ni aku blaja sapa dan apa maksud sahabat...

Dan macam mana rasa nak sayang dan open dgn orang....

Rasa sakit bila kecewa. Padan muke kau slalu buat org macam tu...

Kau tak kan lari dari hukum karma.

sakit hati? hurm.... langsung tak ada. cuma sedikit terluka...

Be positif dengan setiap bende...

Siyes tibe2 aku rasa aku ade bakat berlakon (ok bdk2 TnT sila jgn vomit.aku mmg over begini).

selepas menangis aku boleh ketawa kembali.... Dengan rasa yang sangat2 lega..
entah... Aku rasa one big burden aku dah hilang.
siyes aku rasa aku kewl tiba2.
Tadi ada org kat airport ni tegur... adik menangis ke...
aku bleh dok lepak2 and loyar buruk dengan die sat....

Bila duduk sorang sorang ni aku fikir...
ujian Allah bagi kat aku sem ni mungkin ada hikmahnye...
Allah nak tegur...aku mula lari dari landasan aku...
Dia nak ingatkan aku supaya jadi diri sendiri...
dan tak bergantung kepada org lain.
Dia tahu aku kuat dan aku boleh face suma ni.
Macam biasa aku tak blame sapa2.
Aku tak penah rasa org buat salah kat aku...
aku akan keep mtk maaf even aku tak buat salah.
Aku mmg over sebegini...
aku memang gedik sebegini...
Tapi deep inside.....
hati aku sangat2 rapuh....
Bila mulut kata sayang...hati aku maksudkan...
Aku jadi bodoh dan buta tiba-tiba....
Dulu slalu mengata org.... Buta kerana syg..
Tanpa sedar aku pun sedemikian rupa....
Biarlah...ianya cuma suatu sejarah...
dan tiada secalit dendam pun di hati...
cuma thanks.... i found sumting yg hilang...

Mungkin kau x paham ape yang aku merapu.
dan mungkin kau pura-pura tak faham.
and aku tak kisah pun kau nak faham ke tak...
cuma.....
nak kata.....

Terima kasih..... :D esok kita gi MBO k geng? :D




Isnin, 23 November 2009

Berhenti


ok cik Irah. Merah tuh maksudnye berhenti. so sila berhenti buat bende bodoh dan tido ok?
baek :
23.11.2009
jam: 3.18 pagi
Isnin.
she's hopeless and helpless.....

Sabtu, 14 November 2009

Final itu sejenis apa kah?

Walaweh.macam 3 hari lurus aku blog neyh. tapi sorry la aku post something yang tak bermakna dan apa-apa. Mental x sihat sebab rindu kat orang.Orang mane? orang yang kat Pulau Borneo...Yang kat Manchester...Yang kat TTDI(Jas....tak leh tipu la aku terindu ko. TER tuh tak sengaje kan?) Kat Bumi jelapang padi. Dan yang tengah berjuang dengan final paper di pinggir hutan tuh...( rindu tahap sesak nak bernafas dan hilang selera makan.bila mau kurus a? haish ..nanti mau crite pasal gemok la)

Dan yang tengah berjuang dengan final paper?

Aku dah sudah dah. Siap dengan final project.(belagak-belagak). Ok.Stop dulu dengan riak org yang dah abis final awal tapi balek lagi lewat dari yang abes final lewat. Kita cerita pasal isu yang menyesakkan kepala...

Final paper...

Korang nak tau? Sepanjang 2 semester pertama aku kat sini, rasanya aku la manusia paling sejuk....eh paling 'cool' bila di sebut pasal final. Tak percaye? Korang tanye la ex roomate aku betape awalnye aku masok tido sepanjang musim final. Aku leh pakse Zet temankan aku tengok movie dan aku boleh dengan gedik nye tergoda tanpa di goda makan kat Pizza Hut(yg kitorg kene susun sendiri pinggan dengan sudu tuh) dengan Fiffy yang abes awal sehari dari aku...
Yang paper esok hari nye aku tak habis study lagi....

Result aku? Maaf la tak segempak kamu yang skema dan ginius mendapat dean list setiap sem. Tapi masih berada di paras angka 3 yang boleh buat aku bangge kat diri sendiri(ok.sila anda vomit serta tendang meja hempas kerusi dan pecahkan skrin laptop skarang).

Ok.aku nak stop edisi riak tuh.(diri sendiri vomit ney). Aku nak share something kat semua.
Ada satu je bende yang aku pegang sepanjang 2 sem yang lepas. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI. Sedikit flash back.Aku bukannya pelajar bijak yang dapat A berlambak-lambak setiap kali peperiksaan awam di jalankan. Result aku cukup-cukup lepas masuk ke Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Even worst aku kantoi Arab.erk .ok.Aku gagal subjek tuh time PMR. Nakal dan pemalas boleh la tahan.Tapi PMR kira boleh score bg orang yang blaja sebulan before PMR sebab..... aku PERCAYA AKU BOLEH BUAT.

But then bila masuk upper form. I put high expectation to my self. My gold - study abroad. Or else local study for Law kat IPTA. Siyes aku lg study compared PMR and UPSR. Tapi aku slalu kate kat diri sendiri.I'm stupid. I'm such a looser. I know nothing. Science is not my path. I choose d wrong path.Suppose aku kluar pegi ordinary school and amek commerce. And my SPM result is so so so bad. I mean...borg JPA nak isik pun tak payah. Takat-takat lepas masok matrikulasi.

Then aku masih letak kat minda aku.Aku tak boleh buat. Science is not my road. Aku nak amek law tapi tak lepas. Lepas pun pergi ke IPTS. Siyes aku time tu pikey pasal mak bapak aku. Adek - adek aku kecik kecik lagi. My background aku bet sah-sah x lepas yuran pun kalo nak mintak PTPTN. So aku pegi matricullation. Tapi macam aku kate tadi. Mind setting. Awal- awal lagi aku kate aku tak boleh buat. Satu apa pun ilmu pun tak ikhlas masuk ke kepala. Dan matrix aku nye result cukup-cukup lepas untuk masuk ke universiti.

Bila sem pertama matrix result takat cecah 2.5 ++ lecturer aku kata jangan la berangan nak mintak u elite cam UM,UKM,UPM,USM and UTM. i'm going to the d first one yang akan di tendang. They kept mention it again and again. Aku tak tau la kuasa apa yang bawak aku mintak kat UTM. Tapi yang pasti aku dah set dalam minda aku. Aku boleh buat. AKU PERCAYA AKU BOLEH BUAT.

Cakap kasarnye actually aku salah course.I tot aku ambik design. Tapi aku tanam kat minda aku AKU BOLEH BUAT.Computer is only a super duper stupid think yang aku deal tiap-tiap hari dari zaman sekolah. Even lecturer aku cakap course ni susah tapi result sepanjang dua sem ni kiranya boleh survive kat aku yang huha dan agak malas ni. SEBAB AKU PERCAYA AKU BOLEH BUAT. Bila time final,aku slalu kata...Stupid me,study last minutes but then aku ingat balek kata-kata umi time nak SPM dulu,PERCAYA KAT DIRI SENDIRI.ALA,BUKAN TAK PENAH STUDY PUN BEFORE NI.Ye la.quiz study.before kelas slalunye baca sikit.dalam kelas ngantok2 pun dengar lagi.So tak ade masalahkan?. Sepanjang dua semester pertama di sini, aku pegang nasihat umi.Alhamdullilah.Result boleh survive bagi yang huhahuha mcm aku.

When its come to this semester.... something happen to me. Its hurt and i keep tell to myself. I CANT DO IT. I hate the class. Bila sebut kelas aku rasa dizzy. Aku terpengaruh dengan cakap2 its hard to get a knowledge from other races.I mean.Masih ade racist.Aku rasa sem ni.Aku la manusia paling bodoh dalam semua SCVian. Dan aku buat macam aku buat time SPM dulu. Study tapi slalu rasa kosong.Malam final kelam kabut stay up sampai tak tidur sebab konon-kononnye tak study lagi padahal..... malas-malas aku kelas RBK tuh aku tgk lagi note.Aku buat lagi nota. Aku tak tau apa masalah sebenarnye.eh eh. Tau Tau.. Aku percaya aku akan kantoi dan tak boleh buat. common la.Graphics sangat-sangat susah.Then budak-budak fsksm slalunye tersadung kat Data structure.Siyes sem ni Mind Setting aku teruk. Slalu salahkan diri sendiri.

Bila paper graphics dengan data Structure macam sampah,aku decide keluar sorang-sorang esok harinya.Bukan tak nak bergaul mesra dengan rakan-rakan, but i need some space to think... and rebuild my self. Dalam sorang2 tengok movie dan shopping tu aku baru sedar apa yang hilang sem ni. Aku hilang PERCAYA PADA DIRI SENDIRI. And next two subject after aku keluar sorang-sorang tu aku tersenyum pada diri sendiri. Mudahnye kalau kite PERCAYA PADA USAHA kitekan?

Mungkin dah terlalu lewat nak betulkan apa yang berlaku sem ni. Tapi rasanya masih tak terlewat nak share something kat member-member yang masih fighting kat luar tuh. Kita Kene Percaya Kat Diri Sendiri. Kalau kita berusaha dan percaya kita boleh buat. Insya Allah, Kejayaan milik kita.

wallaweh. Vomit dah korang bace wartikah panjang lebar aku yang mate dah cantik balik.(ok.... korang kene makan da pas ni banyak sgt vomit.hehe). Good luck kat member- member yang masih berjuang dengan final. Dan yang dah bercuti tuh,gunala kesempatan ni berfikir balek mana2 kesilapan yang perlu di betulkan...

and one more thing.....SAYANGGGGGGGGGGGG korang sangat2. ;D

p/s: mungkin saya tak sehebat kamu yang amek engineering tu but really hope some tot from me can help u. ^^

Jumaat, 13 November 2009

small operation

aku ingat biasa2 je...takat die buang bende kat mata tuh.

balek dan makan mcm biasa

Tp yang happen......

Dorang bg bius.hehe... balek bilek melepek.(plg jauh aku mampu sampai!siyes x tipu)

Siyes aku x sentuh nasik ke apa lagi.

Makan ubat pun x lagi.

Naseb la kalo aku tak datang malam ni

or pg esok...Siyes cam x larat....

nak2 bawak muke cam busuk cam ni.hehe

tp rasanya sakit yg betol2 sakit bukan kat tempat yang di operate tadi...

tsk.......

Khamis, 12 November 2009

Alone

I'm just a little girl

lost in the moment

I'm so scared but I don't show it

I can't figure it out

It's bringing me down

I know I've got to let it go.......

ni sume salah mak cik cleaner mepek kate " aney...tarak takut ka dudok sorang2" ces......

Sabtu, 7 November 2009

Bila abes final da abes dan tak balek lagi.

Oi orang orang di Malaysia.Aku dah abes final. wahaha.riak riak.takbur takbur.
how was d final? sumpah cam sampah sarap.
mimpi la nak jejak tangga 3.00 pun.
dengan attitude aku leh tahan **** nye sem ni.
memonteng semedang.ngaaa.... dah penjenayah tuh penjenayah jugak le.
gile aku 2 sem skema.wahaha...

ok kite lupekan kejadian aku yang dah abes sem one 2nd year.
yang jadual finalnye pack gila ayam.
yang aku kate x dan tgk movie tp p tengok surrogate sorang2 kat u-mall...
sehari before paper system analyst yang x sentuh 1 apa pon.
(pas tuh kantoi zet dating dgn Firdaus n tak ajak aku-gila apa dating ajak org?-)

skang aku nak crite....betapa bosannye dah abes final tp x balek balek lagi.
dan betapa tensi nye bila Umi bagi alasan macam2.
and asek tanye bila nak balek.
dan mata yang kluar nanah time pagi-pagi buta
lepas baca wall kat facebook kate pagi nanti ada perjumpaan teater.

Ngeee.... cepat2 la ko buat research pasal jeddah cik irah oi.
udah -udah la tuh ngadap Nur Kasih (yg kembg mate nanges time nak data struct.siyes Ann aku jawap Adam .Kat .n bla2..Nur Kasih pagi tuh.wahaha).

eh bukan bende tu la aku nak cerita.aku nak cerita kisah idup sampai pagi ni lepas kejadian final abes.

A day after final aku dgn suzy siapkan final project network bermati matian. lepas abis final tuh tak tau nak buat apa.
nak keluar malam da lewat.Nak online aku da x larat nak ngadap laptop.
Nak tido aku tak ngantok.da biasa sangat da tido awal pagi.
Then aku baca novel PELANGI.(belagak kat zarifah kat India n Semah kan Bandung ,finally kmk ada masa nak baca Ked's Story...yey-melompat keriangan).

ok abes bace. x tau nak buat ape dah.Siyes mati kutu.tibe-tibe rasa cam mau bace Network.
Tak pon buat graphics.
Gila luar bima sakti ko ni Irah.Imaginasi merentas desa sungguh.
Lecture week bukan maen liat lg kau nak belajar.warwarwar.bengong sungguh.
terkebil kebil tak tau nak buat ape...
Call Incek Jam UTP n habiskan kredit yg baru topup RM 10 tuh.
Lepas tuh balas smash abeskan kdit die pulak.
Sangat best bile die cakap "tak kisah" bila aku kata..siannye saye abeskan kdit die.
Creadit to him for dat la -wink wink- always bg saye his ears. hehe...

bila kdit same2 abes dan ahernye aku pon tido...

bangun kol 1.30 tgh hari.molek sungguh anak dara.

lepas tuh hujan lebat. x leh kuar.x makan la aku. terkial2 dok dlm bilek.mau anta asg. mau kluar tp x de arah. haha. Lepas tuh maen make up sorg2.main pakai shawl sorg2(dah biasa buat sebab lambat dapat adek pompuan.heh.kesian :)

sewel la.sms tak sampai sungguh posting ni.

post x de motif. haha.
apa pe la ek.mekasih la korg sudi bace.kasik buang sket mase korg.wahaha.

cam malas plak mau kaler kaler edit2 sume ni...ngeeeee.post post post.publish.korg bace.dah.setel.sambg tgk nur kasih.oi oi.sponsor kauuuuu






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...