Hari ini dah masok hari ke empat umat Islam di Malaysia berpuasa. Tahun ni masuk tahun ke 3 aku menyambut bulan Ramadhan di Tanah Semenanjung.Teringat Pengalaman hari pertama tahun pertama waktu di Kolej Matrikulasi 2 tahun yang lepas.Sedih pun ada.Kelakar pun ada. Sedih sebab kali pertama berbuka puasa tanpa Family.Slalunye bile puasa Umi akan tanya kitorg nak makan apa bila sahur dan berbuka.Tapi bila dah masuk matrikulasi,redha je la ha kene beli kat cafe B tuh. Lagi satu,pengalaman pertama berbuka selepas pukul 7 petang.Haha. Kat kuching habis lewat pun pukul 6.30 petang kot. Ingat lagi pergi ke bilek Isma dan kitorg same -same ketawa mengenangkan nasib.uiceh ayat macam salam perantau gile.Padahal di Pahang je pon.
Tapi itu kisah lama. Ianya suatu sejarah atau history.
Kejadian tahun ni? hampir semua ahli geng kami menyambut ramadhan di rumah masing- masing.Yang tinggal malam sabtu tu cuma aku dan Ieqa.Kak Husna balek Kelantan malam sabtu Ramadhan pertama.So kami bertiga berbuka puasa di Payung kat Sri Putri tuh. Lepas hantar kak Husna ke Stesyen Bus, aku dengan ieqa meronda-ronda di Jaya Jusco Taman U. Yang sakit hatinye,orang dah start pasang lagu raya skali dengan takbir raya! Allah!saheh aku sakit ati. Baru sehari puasa pon. Dan tuh ade je ha yang tak start puasa lagi sebab dapat "MC". huuuu. Orang lagi ingat raya dari sambut ramadhan kan?







