Followers

Khamis, 30 April 2009

apa itu pandai dan siapa yang bodoh.

Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya menghabiskan final exam sem ke dua. membawa maksud habislah kisah hidup aku sebagai pelajar Tahun Pertama Sains Komputer Perisian grafik dan Multimedia,UTM.Even aku ade lagi seminggu kelas intensif.owh! Hidup.....

Dulu aku tak pernah terfikir nak amek kos yang aku amek sekarang. Kos ni sumpah aku tak tau apa.Aku agak-agak salah kos sebab sebelom ni aku inat ni graphic design.Bile pas matrix aku usha web UTM .So aku tengok skop die cam boleh lompat keje so aku apply as my first choice.
Dan dapat.
So di sini la aku.
Jumpe Ann.
Same Arep MPP UTM.

Bile diceritakan balek pasal zaman kanak - kanak. Aku rasa semua orang nak jadi doktor. Kelihatan sangat hebat jadi Doktor. dan tak de impian selain nak jadi doktor. Mungkin minda sudah di set,kalo buat medical itu,anda seorang yang sangat hebat.

Bila di sebut pasal hebat.Dari tadika yang pelik itu lagi minda aku telah di set dapat number 1 itu hebat,dapat number last itu x hebat.lawan tak hebat sila anda define sendiri ye. Aku ingat lagi abah aku separa mengamok bile amek report card aku zaman tadika dulu. Aku tau aku dapat number 27 dan aku tak rase itu sangat teruk.kan 27 tuh banyak.Hebat la tuh.Korang tak rasa macam tu ke? Bile kawan-kawan aku berkumpul cakap aku dapat number last skali aku rilex je. kirenye aku la dapat number paling banyak.Hebat ape? -_-'.

Bila aku masok darjah 3,semua orang sebok pasal PTS.batch aku la batch pertama yang tak de sorang pon yang lulus. Aku tak paham kenapa cikgu kelas aku agak bengang. Kirenye lulus PTS terrer ey?Maknenye batch kami la batch yang tak terer?

Masok fasa UPSR.Time ni semua orang gile-gile nak dapat 5A sebab nak masok Kolej.nak Masok MRSM.Nak masok SBP. Aku tak bercita-cita langsung nak pegi ke sekolah bajet pandai macam tuh.Aku rasa pegi sekolah biasa lagi best.Tak tau kenapa.Tapi lepas tuh aku antara 3 nama jer yang lepas masok ke Kolej.Orang kate masok ke kolej tuh budak pandai.ye ke aku pandai?

Bila masok fasa PMR aku maseh tak sedar-sedar diri lagi.Aku tak target langsung nak dapat banyak-banyak A. Janji Sejarah dengan Geografi aku dapat A.Sebab banyak-banyak subjek.Tuh je yang best. Tapi bila PMR kluar,aku dapat 5A je.Lagi 3 B.dan 2B tuh adalah sejarah dgn geografi.Apabila anda berada di sekolah banyak budak pandai dan kawan-kawan nakal anda semuanya skor.Sedikit sebanyak anda akan terasa diri anda sangat tak pandai bile anda tidak skor dalam peperiksaan awam.Ini la kali pertama aku rasa aku tak pandai.Dan aku termakan teori A itu pandai. Dan seterusnya SPM.macam biasalah.Aku bukan kaki study.

Meneruskan fasa hidup yang seterusnya.aku merenung istilah pandai.Aku cuba refresh balek perbualan tentang pendidikan dengan seorang member yang memiliki banyak A dlm PMR. Aku membincgkan tentang sejarah lower form yang die tak tau ape-ape.ye sejarah die A dan aku dapat B. Dari situ aku fikir lagi.A itu bermakna pandai ke?Di matrix aku ade member yang A nye 3 kali ganda dari bilangan A aku.Tapi basic sains die lagi teruk dari aku.Owh.... itu ke hasil A?

Bila masok ke universiti,orang berlumba - lumba untuk mendapatkan 4 flat. Aku seperti biasa buat-buat tak tau pape. Kirenye bila dapat 4 flat tuh hebat ek?

Aku tak faham kenapa kita pandang kehebatan dgn istilah itu.Aku tetap rasa 4 flat tak cukup hebat dan dapat A berlambak-lambak tak semestinya bagus. Bagi aku untuk meneruskan hidup kite perlukan Ilmu,bukannya 4 flat atau pon A yang berlambak-lambak. Apa maknanya 4 flat kalau kite tak reti nak buat kerje dalam kumpulan dan soft skill kite jahanam? Apa maknenye A sedangkan kita tak tau ape bende yang kite belajar? pada penelitian aku manusia ada beberapa jenis dan kebolehan otak yang berbeza-beza.

1-cepat pick up dan cepat lupa.Mereka yang cenderung skor dalam test tp langsung tak tau ape yang dorg blaja bile abis test.

2-Cepat pick up dan tersemat di RAM mereka.ni kategeri budak bijak. Mereka adalah antara pelajar yang berkualiti.hehe

3-Lambat pick up tapi ingatan kuat.Dorang ni x boleh study last minutes.Memang akan kantoi. Tapi dorg ni tau setiap ape yang dorang buat.

4- Lambat pick up dan tak boleh nak ingat. Kelompok ni lagi teruk dari yg ke 3. blaja tak blaja same je.ni kategori yg aku cakap kuat berangan. Time belajar tu la die berangan.Termenung baran. Tak paham bukan nak tanye.haila.

haish.Sebab tu aku kate tak semestinya hebat.Number 1 tak semestinya bagus. =_="

p/s: gagal meng interpret data dari otak ke keyboard.

Rabu, 29 April 2009

Normalization Life

Hidup aku sangat normal.
umor 3 thn di masokkan ke Tadika Kemas,Kampung Stunggang Melayu, Lundu
erk...normal ke umor tuh da bertadika?hehe. Menjadikan satup-satunya anak umi aku penah blaja di kampung.OK.I was a cute kampung girl.hehe...
tapi x sampai sehari aku blah sebab takut..
sumer org dalam kelas tuh teruja tarik reben skirt aku...
melalak-lalak la aku balek umah nenek.hahaha...


aku di kembalikan ke kuching...
aku di hantar ke tadika perpaduan kampung Lintang...
sangat pelik budak umor 6 tahun tak reti membaca....
di pindahkan ke Tadika Bina.
Tadika ni lagi pelik.
semua nak tunjuk pandai.
sume nak dapat number 1.
tak de lego di sajikan di hadapan mata.
yang ada cuma buku Bm,Bi,Arab,agama islam,jawi,lukisan,music,matematik
cam budak darjah satu.


di pindahkan tadika lagi.
dan menjalani kehidupan tadikan yang normal.
seperti tadika perpaduan lain.
disini budak umor 6 tahun tak reti membaca
aku apat number satu.
pandai?
heigh!



With Umi and Angah.I remember that time abah was studying at Singapore. I miss that moment so much

Darjah 1: SK Rakyat Jalan Hj Bolhassan.

Di sebabkan umi aku bekerja di sane

aku dimasukkan di sekolah tersebut.

result elok x penah tros sampai ke telinga beliau

tapi result tak elok x sempat aku tgk die da tau da.

darjah 1 aku dapat number 18.

dari total 30 lebeh pelajar.

aku tak rasa 18 tuh teruk.

infact 18 lagi banyak dari 1.

tapi aku ingat sorang sedara aku kutuk aku gile-gile

aku konfius sebentar

UPSR aku dapat 4A 1B.

agak normal bg yang malas belajar..

masuk sekolah menengah:

Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

hidup adalah sangat gile bila tinggal di asrama.

kami kongsi semuanya.

suka duka pahet manis.ngeee

bila jadi harian baru aku tau skolah tuh memang gile.-bosan-

macam orang laen

aku amek PMR

aku amek SPM

juga punye cinta monyet(yang pasti bukan dgn collegian.wehehehe)

dah abis skolah.

result SPM kluar.

Result cam cibai

beberapa offer aku dapat:

-Kolej matrikulasi Pahang

-Diploma Sc Com (UiTM)

-Foundation in Law(MSU)

Jiwa jantung dan hempedu aku nak pegi MSU.Tak nak blaja Sains da.

Tapi aku pegi matrikulasi.haha

Matrikulasi: Kolej Matrikulasi Pahang,Gambang.

owh betol la aku da kata.

ini lagi gile.

x abes aku blaja 1 chapter lecture dah abes 4 chapter.

result terkehel.

tapi lepas buat degree

Aku budak UTM:

Universiti Teknologi Malaysia,Skudai

Sains Komputer(Perisian Grafik dan Multimedia)

dulu aku ingat kos ni blaja photoshop ,flash,maya dan sewaktu dgnnya secara advance.

aku pon ingat aku di ajar design animation sampai nampak hebat.

rupenye kos ni kene codekan some software yg bekenaan.

sangat gila

fizik

kimia

bio

sampai nak mati blaja dulu sume x sentuh da

tp aku terime je

bagi aku itulah hidup.

Umi aku penah berangan-angan tentang mase depan aku.

masok tadika-masok skolah rakyat-pastu masok kolej abdillah,umi blaja situ dulu- pas tuh masok u buat diploma-pastu buat la degree.

tp aku skip diploma and replacekan dgn matrik yang gila

dan teros masok sini buat degree.

memang

sesungguhnya hidup aku sangat la normal.

Di UTM aku tetap sama seperti di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Masih Seperti di SK Rakyat Jalan Haji Bolhassan

Masih seperti di tadika.

Aku bukan sapa-sapa.

aku cuma pelajar biasa.

yang tak berimpian untuk bercita-cita besar.

tapi tak penah berazam untuk tidak bercita-cita.

aku belajar sebab aku kene belajar.

baek la...aku belajar sebab exam..

dan esok aku ada final paper.

kepala aku sakit.

selsema dan demam

dan mula merancau2 dalam blog ini.

hahaha...

nasib la korang nak bace.

mmg entry tak bermotif.


Ahad, 26 April 2009

Tagged from Ainul

ade orang tag saye



arahan die




  1. G ke folder album

  2. bukak folder ke 9

  3. carik gambar ke 9

  4. upload dlm blog then crite pasal gambar tuh

  5. jempot 6 org lagi member

  6. pas tuh bg tau ler dorg kene tag

Haha...aku ingat lagi kejadian ni. Ni first time budak melayu perempuan kelas aku keluar same. selalunye aku yang tak de atas sebab - sebab yang tak tentu. Kejadiannye bermula bila kami bertujuh nak keluar ke Giant kat Taman U tuh.Waktu tu lepas abis paper programming...(n i fail!) ngee... Lepas test kitorg bersuke ria la menghabiskan duit mak bapak dan duit kerajaan. Ni time kitorg tengah tunggu pak cik viva.Tp atlast aku,kak husna ,ika and yaya naek teksi da.... Aku memang pantang tengok cermin....musti nak shot.ngeh3... budak jojo tuh bukannye leh tgk aku bersenang lenang di hadapan camera dan cermin.hehe... but she's make our day..haha

k. manusia yg saye nak tag

1-fiffy mafia :D

2-My bro,Azhar

3.Arep,the UTM MPP...mandat besar kawan aku neyh :p

4.Azyana.. my ex class mate and was a good gossiping fren of me back time :p

5.mr Dr Haziq cucsm ...... mr long time not seeing each other and didnt come to my open house last raya -_-'

6.Incek ikhsan aziz...mr programmer form USM .....

kerjasama anda amatla saya hargai :D


Jumaat, 24 April 2009

Jari berbicara atas arahan otak

Entry kali ini berwarna merah...

sebab merah itu berani...

agrassive.....

dan menyerlahkan keyakinan...

Aku tak cakap saya berani.....

Aku takut makan Bawang....

Aku tak kate saya agressive....

Aku sangat passive dan takut untuk bersuara.....

Manusia adalah sangat bervariasi....

dan ada pelbagai ragamnya....

ada yang takut bersendirian....

ada yang tak suke bersosial....

ada yang jenis optional....

dan Aku lebih selesa memilih optional..

aku tak kisah untuk bersendirian...

makan sendiri...

shopping dan tengok movie sendirian....

Pergi kelas sorang-sorang...

Dan aku sentiasa gembira bila ada sahabat membikin ceria....

Bagi aku hidup adalah untuk di nikmati...

kadang kala ku pelik melihat manusia yang takut sendirian..

sentiasa merasakan dirinya keseorangan...

Sedangkan adanya sahabat untuk mendengar....

Untuk meluah kata....

Berkongsi bicara....

aku tak faham melihat sesetengah orang....

sanggup menggadai diri untuk sentiasa di temani

dan dihargai....

sedangkan penghargaan yang ternilai adalah diri sendiri....

menghargai diri sendiri bukannya dihargai orang lain.....

Ada yang fobia dengan istilah sahabat...

kerana persahabatan itu suatu perkara yang membebankan....

Lebih membebankan dari bercinta.....

Ada yang kemaruk bercinta...

sehingga lupe keluarga dan sahabat yang sentiasa mengharapkan dirinya....

aku kembali merenung cermin yang di berikan kak husna(hadiah pileh sendiri)



Cermin Giant



di mana kedudukan aku nanti....

adakah seperti mereka....

atau acuan yang aku sendiri cipta....

kita tidak pernah tau apa yang ada di masa hadapan.....

Manusia akan berubah.....

tapi wataknya....

dialognya.....

hanya kita mampu tentukan....

bercorakkan agama dan kesedaran diri .....









Selasa, 21 April 2009

Ape pandangan korang kalo seorg perempuan muslim yang tak bertudung labuh, atau mungkin yang tak pakai langsung yang buat statement berbunyi....

"Saya tak naek motosikal dengan lelaki bukan muslim"

atau

"Pada saya tiada istilah kapel selain dari perkahwinan"

atau

"Even holding hand is forbidden.selagi tak kawen jangan harap leh pegang2".

akan terasa berpura-pura tak?

then ape hati anda akan kata....

bile tengok gadis muslimah yg bertudung....

berdua-duan dengan lelaki bukan muhrim yang tak de ikatan sah....

membonceng motosikal....

berpegangan tangan....

berdua-duaan di tempat gelap yang tertutup....

dan terang-terangan bercumbuan di tempat public?




-Apekah sms yang cube di sampaikan?-
-renung-renungkan lah.....-
Life is about give and take....
U pay i sell and u can bring it home...
Its also can be define as verification and validation.
we need to identify the behaviour either it will couse an error or not...
we also need to verify either it will meet the requirement or not.....

-SAYE YG SEPARA BENGANG-

Isnin, 20 April 2009

Final Bermula

First Paper...

Tamadun Islam dan tamandun Asia(TITAS)
tarikh:20 april 2009
hari:isnin
waktu:9-12
tempat: N24.bilek 1-6

sepanjang hayat aku...
aku tak penah peduli bila test dan vanue test -_-'
sem ni pun.slalunye org yang bg tau...
tapi hari ni aku betol2 tak tau kat mane vanue final test....
test start pkol 9.
8.45 pg : search tpt final dalam e learning
lebeh kol 9 pg...baru sampai N24 =_="
terkial2 cari pintu masuk...

kelam kabut tulis nama..
dan data2 yg di perlukan
jawap paper...perut meragam nak ke tandas
sabar..

jam : 10 pagi.setel jawap...
soklan same je cam last2 sem
untung aku ade kawan yang baek nak bagi paper last year...
alhamdulillah

esok killer paper.. software engineering

=_='
walaweh

Sabtu, 18 April 2009

aA+bB =amat Aman + begitu Bahagia?



Sejak abes SPM lame da aku tak bace novel- novel melayu,until aku jumpe senakah buku Tunas karya Hlovate dalam bilek adik aku. Since cover die sangat cantik dan nampak memorable so aku tergerak la membace. Cerita tuh mengisahkan pasal budak - budak sekolah yang tinggal di asrama.walaweh.gile siyes aku kembali ke zaman skolah... macam - macam bende aku teringat bile baca gelagat nakal dorang... antara yang aku ingat

- First week lagi name aku dah naek kat pondok sebelah dinasour. Ntah ape la salah aku dorang boleh kutuk aku kaw-kaw...haha... cam sengal je.kazen aku plakyg lebeh-lebeh emo.aku tak de perasaan langsuang

- aku penah duduk di asrama dari form 1 sampai half sem form 3. Agak banyak keje kureng aku buat macam :

kes 1: kitorg malam jumaat je wajib g surau.Alkisah one day ni aku terlelap dan tak de sorg pon yang kejutkan aku.time tu Cikgu Jaya punya turn. Roomate aku da bajet aku kene berus dgn Cikgu Jaya.abes semua orang kantoi ponteng. Tapi aku cume terjaga bila dorang masok dalam bilek :D Lillah aku tak sedar ape-ape. Dan dorg sangat tekejut aku tak kantoi pon ^^.

kes 2: Sangat malas nak pergi ke suatu perhimpunan dgn Ayahanda dgn budak asrama. so kitorang satu bilek merancang untuk ponteng. Yang tak boleh blahnye aku yang badan sebegini besar sanggup masok dalam locker.haha... Locker zaman asrama besar mane je.boleh pulak muat. dari situ aku mendapat motivasi... not bad la my size.hehe.tapi yang sengalnye lepas tuh kitorg pegi jugak perhimpunan tuh. muka da merah padam da panas.hehe

Kes 3: Time form 2 aku dan beberape ahli nakal yang laen merancang untuk ponteng gi surau.tibe-tibe je dengar macam di serbu... ala- ala ninja la kitorg bersembunyi.yang kecik masok dalam locker.Yang saiz besar masok bawah katil ^^. Aku mestilah bawah katil ~..~ buat-buat tanye pulak.Then pengawas tuh bajet Psiko. Die leh buat konon2 nye lupe barang dan jerit..."korang..ada nampak tak aku nye buku". haha.. sengal.Lepas tu die boleh je tutupkan lampu bilek kitorang. Haram nye kami nak terjerit -_-'. Dah give up carik kitorg kluar gelak- gelak sambil kutuk... bajet berwibawa si kengkang itu .hehe...

Kes 4: manusia yang ajar aku fly time form one dulu adalah kakak senior bilek aku yang berjawatan pengawas !

Kes 5:Nak dijadikan cerita aku ni malas la nak pegi kelas arab. memang ustaz ustazah kolej tuh kenal giler la name aku.muke tak makan saman :D.Alkisah... pada 1 April 2004.hari tuh hari khamis.ingat lagi.budak kelas aku pakatan axis kenekan aku. Aku tak pegi kelas Arab hari selasa. Then hari khamis tuh aku tanye ade kelas ke tak. Time tuh muka aku pucat lesi.memang sakit sangat perut time tuh. seingat aku la, hari tuh semua cikgu ade meeting. Then dorg cakap ade kelas. Aku cam rase dorang tipu aku... cam ne ade kelas tp ustaz g meeting.then aku tanye Syed Al Hafiz. die ni la budak paling baek dan alim..... Aku yakin die takkan menipu....Tapi die pon kate hari tu ade kelas.makanya aku percaya.Ye la...dah semua bagi keyakinan kat aku ade kelas,termasukla si syed tuh :D. Bila aku dengan kawan baek aku,Ramizah bersusah payah bersiap g kelas...ye..dah siap bertudung dan berkasut ye tuan-tuan dan puan-puan.... Farah dah gelak-gelak dan jerit...April fool..lahabau punye budak..pas tu die gelak-gelak..padan ler die kate die nak ponteng.=_="

kes 6:Aku ponteng gi ke surau lagi.Kali ni lagi maju :D aku tak nak pegi preb malam sekali.malas..ala..ayat belagaknye aku mane penah kantoi :D.Nak di jadikan story aku bersame "jemaah" lain yakni si Sullivan,Foo dan Felli bersuka ria la.Dengan radia nye yg memekak sambing buat meggi dan bace komik Utopia.Skali Cikgu Jaya Serbu...free-free je kene marah.Kitorg kene denda berus bilek mandi yang sangat berlumut. Sampai sekarang parut sebab terkena serpihan jubinmasih bertahta indah di jari aku nie..haha

Kes 7: Ni kes ponteng lagi..Tak de yang lebih best dari ponteng ^^ zaman asrama dulu .hoho. selain dari buat dajal.Alkisah....suatu petang ni kitorg ponteng preb petang. duduk la bersuka ria dlm bilek.dgn baju yang tak macam pakai baju. kali ni ntah ape mimpi farah lepak kat tempat aku.slalunye aku lepak kat tempat die. Skali Cikgu Awang kok Omar merangkap PK1 kolej tuh masok ke bilek kitorg... terkejut..farah terjun bawah katil...yang lain semua terjun..aku pun nak terjun.tapi farah da terjun dulu..saiz die besar sikit dari saiz aku...camane nie....x muat...ala..aku terjun je la...so aku terjun...skali terlekat la punggung di antara dua katil...hehe.Cikgu Awang kok bertanye..."hah...awak buat ape kat bawah tuh?" sah- sah le kantoi..aku tak leh tarik badan ke bawah.... nak tanak terpakse menyerah. Lahai... Gemuk sgt... ni la jadiknye ^^ sengal jerk......

dan macam-macam kes jenayah lagi yang aku cam malas nak tulis..aku bagi best 7 kes je..haha.
Zaman harian tak best..huhu.... rindu la kat zaman tu.. zaman nakal-nakal. Tengok malas dan nakal aku zaman tu,sampai di serap ke kelas paling last. cam tak sangke pulak aku lepas masok U direct buat degree.Maksudnye perjalanan yang sangat flow la.. Ingat lagi budak kelas depan cakap cam nie... Kalo dah kelas ujong tuh kelas ujong jugak la...hoho... orang yang cakap tuh pon tak kemana sangat .... mungkin rezki die lambat.agak-agak nye la..budak slalu kene seranah nie Allah permudahkan rezki kan? hehe.. Tak kesah la...Tanak la keep in heart bende macam tuh.zaman tak berapa nak berakal. Cuma 1 benda aku terkilan,Ukhwah dengan pelajar Kolej DPAH Abdillah sangat tak kuat... Hanya mereka yang slalu keep inTouch dgn aku skang je la yang masih setia mengaku aku sebagai kawan. Syukur di UTM ni aku di terima.

Ahad, 12 April 2009

"berchenta sakan=berchenta santan?@-@"

Semalam online sekejap.
baik...aku mengaku . agak lame
berborak dgn member lame pasal coding
yang aku mati-mati tak paham pasal class tuh
dan kemudiannya chat dgn sahabat lama ketika zaman belaja sebelum masuk u.
malas nak definekan zaman matrix atau zaman skolah...
memandangkan ahli persatuan aku sangat sedikit...korang random la sendiri.

semalam kami berbicara pasal hati..
ape lagi yang di ske kaum ppuan ni kalo x pasal kesah kapel masing- masing(baek..kapel die..saye single lagi!) .
tertarik dgn issue perbulan semalam membuatkan aku rasa nak kongsi definition chenta dgn korang.

masuk semalam sudah beberapi kali dalam minggu yang sama aku mendengar masalah yang sama....
dan jujur nya aku bagi pendapat yang sama..

masalah dorang : tak tetap pendirian dan tak pasti dgn pilihan sendiri. sama ada nak teruskan dgn yang sedia ada atau nak tinggalkan.Hati bagaikan dibelah tak tahu nak dibahagi kerana seperti di luah muntah di telan tercekik la pulak( peribahasa ciptaan sendiri). Jika di tinggalkan terasa kasihan namun hati sudah ada yang lain...

Dan nasihat aku....
baek tinggalkan...
sound cruel kan?
tapi bila fikirkan balik lagi kejam if kite bagi harapan
dan kemudiannya bila tiba masa bila kita berada dalam limit kepura-puraan yang maximum
kita terpaksa berlaku jujur
dan bayangkan betapa terlukanya hati mereka...kan?
simple...
letakkan diri kita di dalam stokin dorg..
agak2 sakit tak if kite di buat macam tuh?
org yang kita sayang..slame ni kita yakin yg kita berkongsi rasa yang sama
tapi tiba-tiba je si dia cakap...
" Saya cintakan die sejak dari hari pertama saya jumpe dia,after 4 tahun perkenalan kite,"
heh...ko bayangkan la slame ni di blakang kite bukan main si dia ni berlagak syg
di belakang kita dia bersama dgn org lain yang mampu membuatkan die bahagia...
sedangkan di hadapan kita die pura-pura gembira..
dengan alasan
kesian....
Time tu hati jauh lebih terluka..
sebab terlalu lama di perbodohkan...

ayat jawap balik: Ko tak rasa apa yang aku rasa...
ayat yang bermaksud "ceyh...ko cakap boleh la..ko x de balak.. senang la...flirt sesuka hati je..(ayat belakang tuh saje nak tambah ye :D )

ye lah..memang la aku tak de balak...sebab nye aku aku tak ready. Aku takkan terima suatu perjanjian selagi hati aku tak kate..."YES,HE'S D ONE and D ONLY One". sebab kite bukan budak skolah lagi yang bila bosanmintakbreakdancarikkoleksiyangbaru. Bagi aku dah tak sesuai nak buat koleksi balak macam aku buat koleksi kasut. Aku sangat fobia tengok lelaki-lelaki yang dah ade awek... tapi lepas tuh cuba line nak dapatkan awek lain.dengan alasan tawar hati sebab selalu berjauhan....

Kalau betul-betul setia...
kalau betol-betol sayang.....
walau terpisah di lautan bergelora pon x jadi masalah!

dalam crita YUU HEE the WITCH aku tak salahkan heroin tu merampas hero crita tuh dari awek die....
Bagi aku... dorang memang di takdirkan bersama.. cuma sebelum tu lelaki tersebut terjumpa perempuan yang lain....
biasala.... kadang-kadang kasut yang mahal belum tentu selesa dgn kaki kita...
macam tu jugak dengan chenta...
dan begitu jugak dengan hati....
sekali bah je hati manusia mampu berubah...
bagi aku bukan salah dorang..
cuma takdir lambat menemukan mereka..
tak semestinya..seorang lelaki meninggalkan aweknye yang setia..
akan merana dgn perempuan yang die kejar...
atau... perempuan tersebut akan menerima nasib yang sama...
sebab... bagi aku soal hati itu sangat abstrak dan random...
cuma yang akan membezakan tindakan kita dengan sang buaya adalah attitude kite
kalo dah dapat lepas tuh nak carik laen...
Pegi mampus lakhnat sape pon x peduli dengan ekau...
rubbish...

Aku teringat ceramah seorang Ustaz ni...
terlalu lama bercinta sebelum kawen membuatkan seseorg tersebut muak...
Dah tau..
dan dah masak sangat dgn perangai pasangan tersebut...
sampai boleh agak apa yang pasangan nak katekan..
nak makan..
buruk baek..
yang akhirnya menyebabkan pasangan tersebut terasa bosan..
dan berlakunya cerai berai...

kesimpulannya: Aku bukannya jenis yang anti kapel sebab aku yang korang kenal paham- paham la jenis yang macam mana..cuma nasihat aku...fikir la sehabis baik. Mungkin pada mulanya kita rasa sakit bila di tinggalkan.Kita terasa seperti... Kita dah buat terbaik tapi maseh gagal..sangat sayang dgn hubungan tersebut sebab dah banyak habiskan duit untuk Top Up ~..~".Masa tak yah cakap la...masa study masa enjoykan zaman single mingle dgn member terchinta ter burn macam tuh jer...
tak de sapa nak bayar balik....

Jangan terlalu gelabah melihat sahabat perpacaran dan kite masih sendirian. Konon-kononnye takut mandi bunga..dan akhirnya kita main tangkap muat je. Asal ada masuk line taram je la..takut nanti memilih sangat tak de yang sangkut..Haha..semua org BERHAK MEMILIH..Yang takut memilih tuh la akhirnya yang kecundang...sebab terasa tiada keserasian.

Huk aloh beb...kalo ade jodoh tak kan kemana la...Tak de istilah jarak dan masa . ok bebeh?

note: Hangat di lamun chenta dengan Laptop saye...
Diakui saya juga mempunyai skandal dengan celcom broadband...
Yang si Google tuh kawan baek saya...teman setia katakan...hahaha(gelak gedik
crita Hanayuri Dango :D)
Permata hati saye?Sape lagi kalo bukan coding-coding tershayang :D
Ye...saya bahagia dgn pilihan hati saya sekarang....hahaha (gelak gedik
crita Hanayuri Dango :D versi ke dua...)

Sabtu, 11 April 2009

Bila Kami KOMA

semalam aku koma...
balik dari kelas pukol 6.oo ptg
online dan menghadiahkan nota exam untuk member
mandi
baring
tarik selimut..
wassalam....

alkisah... setelah semalaman bertungkus lumus menyiapkan assigment dan tak tidor langsung sampai subuh.kami terbangun lewat dgn report x setel.Lupa contain..tak binding. tak burn.presentation pukol 10 bgn 10.30 pg..tak patot...tak patot. kitorg kemudiannya memecut ke fakulti.....

when it's come to my turn...

Dr.Nor Azaman: Nampaknya kamu sgt familiar dgn vb
aku: owh...kami baru berkenalan 2 minggu yg lepas.
Dr.Nor Azman: kamu pandai link kannya dan nampak macam system sebenar
aku:(dalam hati da nak mati..ko x tau aku nye interface 1 fasa salah link) a... urm..
-speechless la konon...ade la bende aku gorengkan tuh-
Dr.Nor Azman:Bagus.Project kamu stresskan kepada motif.bukan kepada corak interface seperti kebanyakakn student yg lain (sedikit kembang idong di sini).. nak buat bunga-bunga.bla3 ...(puji lagi)
Aku:Ar...(dalm hati cakap:dah Dr pesan tekankan kat satu tuh saye buat la..huk ala.x de nye aku rajin nak buat bende lebeh2.banyak keje laen)
Owh...kami redesign balik sebab(goreng2) tuh yang terlambat sikit tadi.
Dr Nor Azman: Kamu berpuas hati?
Aku: Ye....so much (dalam hati: saya hantar lg stgh jam leh? saye salah link nie...mati lah saye....)

kami keluar dgn bahagianya....
dan koma di malam harinya.....
dalam kelas titas hampir2 menggigit laptop sebab ngantok...memang tak patut.

kejadian pelik bila bgn dari tido selepas koma :
-Bersiap pagi ke PC fair ke persana Johor.
-Bosan tgk org yang ramai,duduk di luar dan bergayut dgn ------
- Masok balik.tgk org yang ramai dan membebel kat staff celcom.aku benci kat org yang tak tau apa yg die jual.Istilah Disconnect pon tak tau?Slamat aku x baling kasut kat dorg.
-perut lapar... makan di City Square.Order nasi Beryani.ikot nafsu lapar yg skip dinner and breakfast.Bajet bleh habiskan nasik 2 senduk...tp hampeh... slagi aku yang korang bagi nasik...
-Cik yah kene tinggal dengan lif...sangat kejam :D
-blaja ilmu pelik.kami bersembilan menetapkan target.... seorg lelaki untuk di perhatikan.lelaki itu kemudiannya tersipu-sipu malu.makan dengan controlnye..ish3..x patut....
-Pegi ke MPH..beli novel aA+bB..wa...syok sendiri aku... honest talk... i'm broke ady.. duh...
-ke sane dan ke mari dan ahernye kembali ke Taman U.Yaya dan Ika tertinggal d CS.ish3...
-balek ke KTF..kemaruk nak bace buku Hlovate tanpe menyedari assigment x sentuh lagi..irah3....

Khamis, 9 April 2009

IMINLOVE WITHPINKWHITEANDYELLOW

Kisah hari ni bermula bila Kak Lin ke bilik kami dan mengejutkan kami dari tidor.

baik saye tipu..Die gerak Sarah tapi aku tersedar jugak.Kebetulan mendapat msg dari Kak Husna berbunyi
"Ko bawak laptop tak?"

demi menjimatkan 5 sen untuk menghantar sms...aku pesan kat Kak Lin..

"Bagi tau kak husna aku tak bawak"

Kak lin dengan blurnya tanye balik...

"bawak ape?"

malas nak layan...tarik selimut dan kembali beradu.kedengaran Kak Lin menutup pintu.

Awal lagi...baru 7.59 pagi.kelas pukol 9.lagi 5 minet la tido..hohoho..

***********************************************************************************
Sehari sebelom hari kejadian


Hari rabu ,8 April 2009 seluruh Johor cuti.Tak tau cuti ape.aku cume tau ada cuti. aku pedulik ape .Cuti mid sem dengan end off sem pon aku tak penah hiraukan.inikan cuti cuma beberapa ketika.

assigment berlambark.Human Computer and Interaction tak di siapkan lagi.Computer Architecture pun. Baek la..aku berazam nak siapkan Human computer and Interaction a day before which is during that night tp aku fallen asleep dalam pukol 3 lebih pagi. sedar-sedar je aku dah bangun tdor dalam pukul 8 lebeh.cuti pertama dalam seumur hidup aku bangun awal. Umi di rumah mesti berbangga dengan post aku kalini kan?
Dengan bad mood nya aku bangun dan terus mandi.duduk di kerusi mengadap laptop dan menyiapkan interface Photo Managment.Kene hantar hari jumaat.Report subjek tu pun tak disiapkan lagi.Hurm..bahagian task analysis je. Arg..serabut.. aku tak study lagi. Interface sudah lengkap... Bagi kak Husna dan sambung baca Programming C++. Ala.. kelas yang aku mampu fokus selama sejam 15 menet saje tuh. Malam nye kaka senior dtg ke blok kami dan join kami buat assigmnet di Markas SIGNIFICANT 7. Dan bila beliau kembali ke kolej kediamannye aku kembali study Programming C++ dan tdo entah pukol berapa...

********************************************************************************
Semalam adalah kali pertama aku tak bercuti di hari cuti.Aku kene siapkan assigment..huhu....

Tap.Terjaga dari tidur. jam menunjukkan 8.50 pagi.Kelas pukol 9.ada kuiz.pas tuh ada pembentangan Software Engineering. Ah...nak mandi ke tak? Baek la mandi. Gosok gigi,cuci muka ,sabun dan siap2..pukol 9 dah kembali ke bilek.kurang 10 minet. mesti umi bangga baca bahagian ni sebab aku boleh mandi dgn sekejapnye. Bersiap(ye aku guna pelembab tanpa menggunakan toner dahulu.haisy!) dan bergegas ke fakulti... by 15 minutes mesti sampai... En Rosely kan slalu lewat.(ayat penyedap ati) kene panjat bukit FSKSM.argh.... Kelas di KPU 1 tingkat 5.kene tunggu lif.Tak mampu dah aku nak naek tangge. melakukan aksi bodoh yang slalu di lihat di TV ketika terlambat ke tempat kerja atau edisi mengejar awek. menekan punat lift berkali2 even butang die sudah berwarna merah tanda menerima isyarat.macam la lif tuh boleh turun cepat. memaki diri di dalam hati.

Lif terbukak.masuk.Tingkat 5,keluar.berlaki ke KPU1.bukak pintu.semua nampak tenang.memandang ke hadapan.Die x sampai lagi.duduk.bertenang.menunggu.suhu badan mula kembali pada paras normal. tunggu lagi.die datang.tanpa kertas quiz.maksud nye tiada kuiz la.haha...tak de kuiz ok?TAK DE KUIZZZZZ! dan tiada lecture. SO? SO? SO?
..................................................................................

i'm speechless ok?have no word to say





Pemandangan biasa di sem dua.ada sesiapa nak tolong aku kemaskan tak?

note: Petang esok boleh tido.hoyey
oh ye.Tajuk blog x de kaitan dengan post hari ini.harap maklum

Selasa, 7 April 2009

Kami


Semalam aku berjaya focus dalam kelas Programming 2... record terbaik! buat pertama kalinye. setelah mendengar beliau sanggup stay up sampai pukol 2 pagi nak siapkan contoh .cpp kepada kami..hoho...sangat terharu..sampai aku menitiskan air mata mengantuk dan tertido after 1 jam 15 minet! sedar-sedar je die dah hilang... MIA... Missing in action.

hari ni bangun lewat lagi! sedar-sedar da pukol 7.30.kelas pulak pukol 8. da la meja tak kemas lagi.Bila mengenangkan yang Encik Rosely gerenti datang lewat dari aku,makanya aku berlenggang la ke fakulti.

Lokasi: blakang sekali.disebelah kiri Kak Husna.

View : budak-budak tgh layan friendster,facebook,ym....blog dan tak kurang jugak yang download macam-macam.Kelihatan Bong may fern dan Zehra memberi tumpuan.Hanya mereka..haish..ape nak jadi budak - budak scv section nie (mcm la aku dari section lain)

Sejak kebelakangan ni aku slalu tido lewat... penatnye badan..assigment tak siap-siap lagi...hohohoi.....

want to share our small family pictures




gambar ni di ambil time kak husna dgn jojo tgh carik kasut.Bila aku duduk mengadap cermin lagi 4 org tuh serbu aku.=_=" Pape pon...aku sangat suke gambar ni even tak complete 7 org..(significant 7?hehe).Gambar yang nampak sangat- sangat bahagia event time tuh sumer cam mereng pas test mid term TP ii.

Isnin, 6 April 2009

Final da dekat

Bila final semakin dekat dan final project berlambak-lambak.Terdapat beberapa gambar lame buat aku tersenyum semula.....




bilek zaman sem one.haha..sem ni? Pas aku install SE nye software baru aku bleh tunjuk




Gambar ni di ambil masa aku cuti final sem matrix.Time tuh alahai tak tau nak buat apa. Nak tolong mak aku kat office pon tak tau nak buat apa...Kang staff die tak de keje plak.So aku decided g muzium since aku sangat sukekan sesuatu yang berbau sejarah. Hari tu aku balik dengan kegembiraan yang melampau





haha...i dunno wut on my dad mind.die bleh duduk sekaki di atas tuh dah pakse aku amek gambar die main menatang yang aku tak ingat namenye...huhu...nak main jugak!







was taken during our holiday.Time tuh zaman matrix. skarang Ain dah kat Manchester (betol ke ejaan?)amek chemical engineering,under shell scholarship while Ask kat Unimas amek Sc com jugak (kami memang geng.sangat sronok bile berborak pasal study sebab kitorg dlm path yang same :D ) .Azizah pulan second year diploma sc kat UiTM samarahan.Teringat zaman skolah dulu.Kami slalu berpakat untuk ponteng sekolah. Hehe. Alhamdulillah semuanya lepas masuk U.Perjalanan study kami so far flow secara normalnye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...