tapi mentaliti masyarakat bukan macam tu.Orang sekeliling tak pandang kahwin awal sebagai mencegah maksiat.Orang anggap bende tu macam sekadar ikut perasaan dan nanti cepat je bercerai berai,porak - peranda.Betul ke macam tu? Tapi kalau dah di pandu dengan pertolongan Allah, bukan kita untuk mengatakan salah kan?Kadang kala aku pelik bila tengok masyarakat lagi reda dengan orang muda berkepit sana sini tanpa ikatan.
(5 Tahun 5 Bulan ,Karya HLOVATE page 455)
Teringat perbualan bersama ahli TnT pasal kahwin awal semalam.Komen salah sorg dari kawan aku," ala biasalah kelompok ni, nak galakkan kita kahwin awal la tu,esok - esok bercerai jugak". Aku diam enggan memberi komen. Betul ke kahwin awal tuh adalah tiket untuk bercerai dan mendapat title mak janda dengan mudah nya? Salah kahwin awal ke yang menyebabkan kita bercerai? Ke salah kita waktu tuh tidak matang lagi. Eh betul ke usia muda kita tak matang lagi? Kiranya datuk nenek kita dulu kahwin umor belasan taun lagi muda la tu. Kenape dorang tak bercerai lagi? aman damai je dorg kat rumah tuh.ceh ko ni irah,orang zaman dulu dengan orang zaman skang tak same la.Dulu mane ade facebook macam kita.eh...salah facebook la pulak...
Dikala bosan-bosan suka jugak la stalk gambar member2 yang lama tak jumpe. Masing- masing dengan bangga tayang gambar kekasih hati dengan post dekat dekat peluk erat erat . Nak kutuk mereka? Dengan budak TnT banyak je gambar dekat2 dengan dorang. Nak nak dengan Dolly . Die di kecualikan.Eh mane boleh. Even die kata die macam tu die tetap lelaki. Kromosom die tetap XY. Mane plak die berkromoson XX. Maka jatuh la hukum haram aku nak dekat dekat. Tapi kenapa aku buat jugak ek amek pose-pose macam tuh?Eh ape aku mengarut ni? Salah coding otak ape nak membebel pasal kromoson Dolly tershayang.... erk...
Next please next...
Baek kite balek ke topik asal. isinya adalah kahwin awal.isi ke dua adalah ikatan yang tak sah. Mana lebeh baek? Hek ela ko ni irah... yang halal la...mau tanye susah2 pulak. Baek: tapi kan kenape orang sekarang seakan - akan reda dengan keadaan yang tak halal. Berdua-duaan di tempat sunyi kat Teluk Chempedak(eh jauhnye..) berpegang tangan tanpa segan silu berpeluk pelukkan dan menayangkan gambar rapat-rapat dan dekat2 di ruangan sosial. Kononnye nak cakap" hey korang,his mine owkeh?sila jangan kacau".atau ayat ini."saya ada org yang nak.saya market x seperti org single......" heh.ada pulak waran macam tu di keluarkan ek?Lagi sedih bila baca novel novel melayu karya penulis yang NAMANYA BUNYI ISLAM tulis cerita yang berbunyi ala-ala " menonton wayang sambil berpelukkan" atau "sambil mengelus lembut rambut kekasih hatinya di dalam kereta" atau ape2 yang sewaktu dengan nya. Honestly, since aku form 4 aku kureng baca buku novel melayu sebab bende2 ni. Sangat menyentuh hati menguris perasaan baca wardah yang spatutnya orang dewasa ajar anak-anak muda erti etika yang betul tapi yang diajarnya adalah....
Bercakap pasal kahwin awal, aku sangat setuju dengan ayat ni
"Tapi bila dipandu dengan Pertolongan Allah, "
Pegang la ayat ni sampai mati.... Dengan nama Allah. Tak kira siapa pasangan, berapa jarak beza umur dan berapa usia di awal perkahwinan tapi jika semuanya berpandukan dengan panduan Allah, insya Allah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi isunya sekarang orang kita kahwin atas nama cinta semata- mata. Persediaan bukannya die buat pun. Stakat wat persediaan nak beli rumah kat mane..t hantaran mau berapa.barang hantaran mau beli di mana :P. Tapi tang -tang agama... hukum hakam semuanya dibuat pekasam. Khursus kahwin pergi takat dapat sijil. Apa yang diajar entah tang bila nak diamalkan. Bagi aku bukan umur di awal perkahwinan yang menjadi isu tapi banyak mana ilmu agama dan praktikalnya untuk menempuhi kehidupan yang akan datang. Ilmu bukan di nilai dari berapa lama kita belajar dan berapa banyak kita belajar. Kadang-kadang orang yang belajar sejam impaknya lagi hebat dari yang belajar 24 jam.
Lahai ko ni Irah,cakap orang bukan main ek. Kalau ko nak tau bila dah dekat ni kan sangat sangat susah nak kawal nafsu muda.Ala weh...kamon la.Takat pegang-pegang tangan, peluk peluk tuh normal ape... kamon la.skang ni zaman moden. Orang yang konservatif cam ni la yang nafsunye lagi kuat. Ye la, pegang lelaki pon haram? kitorang-kitorg ni tak kesah takat-takat bende ni. Ringan-ringan je pon. Tu la pasal kami tak kisah kawen lewat. Dari orang-orang yang konservatif suma mau kawen awal...
Erk.Maksudnya di sini kahwin untuk puaskan nafsu la yer? Tiba-tiba aku jadi confius...
Kadang-kadang terdetik di hati bila Allah tarik nyawa aku awal, tak terdetik rasa kesal even aku tak cukup amal(sedar la pulak). Sangat takut bila iman yang senipis kulit bawang ni dikupas-kupas. Terikut hawa nafsu terdengar bisikan syaitan. Aku bukan si gadis bertudung litup. Aku jugak bukan si alim ulama'. Aku cuma hamba Allah yang biasa yang menjalani kehidupan biasa yang sangat takut kan aksi-aksi yang luar biasa. Semoga Allah lindungi aku dari segala kancah maksiat dan semoga si dia benar-benar ikhlas dan mampu menjaga sehingga tiba waktunya. Amin...
p/s: post kali ni x untuk mengata sesiapa..cuma sekadar suatu renungan dan perkongsian. Saya juga hamba Allah yang biasa. Tiada kehebatan untuk di tonjolkan cuma jari jemari indah manari di keyboard sebagai weapon untuk memberi pandangan.
1 komen indah:
cool. love this =)
Catat Ulasan