Followers

Selasa, 28 Julai 2009

Bila kalimah saya cintakan awak di lafazkan

Kebelakangan ni sangat bizi dengan kehidupan di campus sampai ketandusan masa untuk berkongsi idea dan cerita di laman cerita cik e-rah ni. Begini la hendaknye kehidupan sebagai seorang pelajar.Manisnya harus di nikmati selagi maseh bergelar pelajar. Hurm. Sekarang ni banyak Institusi Pendidikan di tutup gara- gara virus H1N1 merebak.Syukur la UTM maseh selamat even lokasinya sangatla dekat dengan negara jiran,Singapore.

Tadi time bosan-bosan tunggu software di install aku layan borak dgn seorg senior. Tiba-tiba muncul persoalan tentang hati dan perasaan. Sesuatu topic yang sangat common bagi peringkat umor ni and it's make me getting muak. Aku slalu kate kat sape-sape je.... Aku tak kan jadi awek orang lagi tapi aku MUNGKIN akan jadi bini orang. Ade beberape suara yang tak brapa nak sedap bagi komen pemusnah seperti ni...

"ha ah...elok la tuh...lepas tuh 2-3 bulan bercerai".

Ye...penceraian. Perkara halal yang paling di benci Allah dan ditakuti oleh setiap insan yang menjadi permainan homosepien zaman sekarang.

Persoalannye....Betol ke umor perkenalan yang sangat singkat menjadi punca penceraian? Bagaimana pula kisahnya bagi yang bercinta lebih 10 tahun tapi perkahwinan tidak mencecah waktu seminggu pun?

So kesimpulannye bercinta lame - lame lah yang menyebabkan penceraian? Tapi bagaimana pulak kisahnya orang yang bercinta dari zaman sekolah berjaya mempertahankan usia perkahwinan mereka hingga ke hembusan nafas terakhir.

Ade pulak teori umor. Orang kate kawen muda la yang menyebabkan cerai berai sebab masing-masing tak matang lagi tapi bile tengok- tengok org yang dah berusia pon bercerai berai jugak. Ahernye ayat penyedap bicara kite simpulkan sahaja bahawa "Jodoh tindak panjang". Semuanya di tangan jodohke? Eheh.nak guna bahse sadisnye gunalah ayat "Name pon dah aher zaman =_=".

Suatu fenomena yang paling aku tak suka sekarang adalah isu Lelaki vx Wanita atau Man Versus Womam. Mula la berbanding bezakan lelaki dan perempuan.
kononnye......

Lelaki ni bagus sebab akal panjang.
Perempuan ni tak bagus sebab akal letak kat lutot.
Perempuan ni bagus sebab penyabar... tak macam lelaki asek barang memanjang.
Perempuan bagus Lelaki kejam...
Lelaki betol perempuan pegi jahanam =_="

AKU SANGAT BENCI ISU INI.

Dijadikan Hawa untuk melengkapi hidup Adam.
Dijadikan teman untuk berbicara dan untuk mengubat kesunyian.
Melengkapi itu bermaksud lelaki itu tidak sempurna...
Dan perempuan itu tidak lengkap dan memerlukan pasangan untuk saling melengkapi.

Maksudnye lelaki perlukan seorang perempuan dalam hidupnye....
Dan begitu jugak sebaliknye.
Kenape mesti timbul isu siapa lebih hebat?

Bagi aku...kerana diracuni fikiran dengan isu siapa lagi hebat lah berlakunya banyak penceraian. Lelaki tidak mampu menerima kejadian seorang wanita yang sentiasa mengingati....
Dan wanita tidak bisa menerima lelaki sebagai seorang yang sentiasa melindungi.
Isunya mudah.Kerana masing - masing cuba menegakkan keegoan masing- masing tanpe menyedari hakikat hidup berpasangan.Kehidupan saling bekerjasama.

Si lelaki enggan membantu wanita melakukan tugasan di rumah kerana baginya itu cuma kerja wanita dan kaum wanita pulak sibuk memperjuangkan hak sama taraf dengan lelaki. hurm... Mane nak timbul kerjasama?

Susah sangat nak percaye Hawa itu dijadikan untuk melengkapi hidup adam =_=".

Entahlah...cuma satu je doa aku. Semoga lafaz " Aku terima nikahnya" di lafazkan sekali dlm seumur hidupku dan jugak pasangan yang entah sapa-sapa... huhu

2 komen indah:

ikhsan berkata...

salam..lame xsinggah blog ko..

hum..post yg kalerpul...(fhm x nie?)

well..guess i hate d issue too..

there's no one superior to another in term of gender...both men and women are created by the Creator to fulfill each other needs and desire...

urm...bagi aku..even org yg da lama knal pon bley bpisah..baru pon same...but sumenye bergantung pada takdir-Nya..

but..not only takdir...usaha kene ade gak....tolak ansur tu bende paling penting lah....huhu...

dun worry la cik siti hajerah...yang ayat xsmpai 2-3 bulan da cerai tu terima je la ngan sudut yg positif...anggap je pe owg tu ckp sebagai nasihat kepada ko...Allah jua yang Maha Mengetahui...kan..kan..kan..~?

peace..~salam..

walkoutinsilence berkata...

keserasian itu penting

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...