Followers

Selasa, 7 Februari 2012

Tanda Cinta

Hai semua orang. Finally aku update jugak blog yang sudah bersawang. Bukan sebab aku malas nak update, mahupun hilang passionate nak berblog. he eh he eh tak. Cuma lately sangat busy nak siapkan tanda cinta.

What tanda Cinta?

Irah sudah di tanda dengan cinta? What what what?

This is hilarious... ( Eh bajet perasan hot. tsk tsk).

Tapi sebab ini entry bajet hot jadi aku show off jugak tanda cinta aku even tak ada orang nak ambil peduli.

Ini tanda cinta 3 tahun setengah air mata ketawa kenangan manis pahit kelat kelam Di UTM

Kena pulak tanda cinta perlu di siapkan dalam bulan 1 dimana aku kene settle down hidup aku di KL which is rumah sewa, medical check up sain agreement kerja, melancong di JB dan Singapore. Memang tunggang langgang la hidup aku selama sebulan tu. Tapi Alhamdulillah, 31 January 2012 aku settle hantar thesis Final Year Project aku walaupun aku kene bukak balik thesis sebab salah labeling menurut kata GMM. Jadi nak tak tak aku bertolak ke Kuala Lumpur jam 5.30 petang waktu Malaysia. Aku sampai ke rumah sewa dalam pukol 10.30 malam.

 Marina Bay. Begambar je di situ nak membeli belah tak mampu. slipar je dah 599 SGD *pengsan*.

Persoalannya, kenapa aku nak balik terus ke Kuala Lumpur di hari kejadian jugak? Kenapa tak tunggu weekend? Ye pembaca-pembaca sekalian.....

1.2.12 the next day lepas aku hantar thesis aku dah melaporkan jasad dan roh aku ke office. Alhamdulillah rezeki aku awal walaupun bila aku cakap aku ambil computer science haruslah doa doa orang ramai cakap "What? What? like seriyesly? hang sat gi grad menganggur laaaa", but the reality is aku tak sempat menganggur walaupun sehari. Syukurlah doa aku dengan mak bapak aku yang di makbulkan Allah, bukannya doa orang lain yang nak aku menganggur tu. Makanya hantar thesis pukul 3 setengah petang 31.1.12 (tamatlah kisah sebagai student degree) while the next day 1.2.12 (jam 8.30 pagi) which is less than 24 hour aku tukar status dari student kepada kuli.hohoho. 

Alhamdulillah, semua happen so far berjalan macam yang aku rancang dengan izin Allah. Syukur juga untuk tempoh build up life ni ummi, abah dengan adik aku tolerate gile dari segi financial *lap lap air mata terharu*. Syukurlah housemate suka masak lepas tu baek gilee tapi aku pemalu nak mampus.wakakakaka. 

Ok lah semua orang semalam aku beli banyak buku. Semua pasal relationship dengan memasak. He eh Irah he eh ! hohoho
Nota Bulu Kaki Macam Meggie: Rezeki kita tu kadang kadang kita sendiri tak pernah jangka akan jadi macam itu macam ini. Sama macam aku... Impikan berjuang di medan perundangan tapi now start up my career as Software Engineer. Tak pernah terbayang dari segenap mimpi dan impian. Walau apa pun musibah yang melanda diri, percaya akan adanya Allah dan diri sendiri jangan pernah kalah berjuang. Jangan cuma dengar cakap orang tapi tapis dan saring dengan kepercayaan diri sendiri. Kepercayaan kepada diri sendiri bukannya turun dari langit tapi ilmu, pengetahuan tu sebagai guideline :)

Jumaat, 30 Disember 2011

Persoalan Saya Tentang Cerita Melayu

1] Kenapekah selalu di gambarkan lelaki yang merogol perempuan, lepas tu perempuan tu sanggup kahwin dengan lelaki tu. Ending dia akan jadi bahagia? Adakah dengan merogol gadis, kemudian kahwin dengan gadis terbabit lalu kau mendapat cinta sejatinya lalu happily ever and after? Kenape tak ada scene dalam cerita melayu, bila lelaki merogol perempuan, perempuan berkenaan akan mengerat anu lelaki terbabit? Mungkin kalau banyak cerita lelaki merogol kemudiannya anunya di potong maka akan gentarlah para perogol. Tapi cerita melayu tidak.Tidak sama sekali terutama untuk perogol yang kaya dan kacak sebab mereka akan menemui cinta yang sejati yang halus mulus tulus lepas tu perempuan di seluruh alam menjerit "Hamagad sweetnya lelaki terbabet. Aku nak carik suami macam tu." Ladies tell me celah mana kah scene yang kahwin dengan perogol tu so sweet sampai ko mengalir air mata? Adakah diri kamu rela di rogol terlebih dahulu lalu untuk mendapat kepastikan akan cinta sejati itu maksudnya apa? =_="


2] Kenapakah selalu di bayangkan perempuan yang tabah itu perempuan yang hanya menurut? Menurut bila di aniaya dan berdoa kepada Allah semoga dirinya tidak di seksa lagi? Kenapakah tidak di gambarkan perempuan sebenarnya ada akal? Bila di aniaya dia tahu mana untuk bertindak? Bukan sekadar menangis menunggu keajaiban supaya dirinya di selamatkan sang arjuna macam kisah Cinderella bla bla bla. Tahukah anda hidup ini Bukan Kisah Cinderella?

3] Kenapekah selalu penulis yang namanya muslim menggambarkan cinta itu indah dan bahagia bila berpelukkan dan berpegangan tangan walaupun dorang belum kahwin? =_=" Erk, rujuk kitab mana kak?

4] Kenapekah watak hot mesti bernama canggih dan modern? Tahukah anda Siti Saleha itu sangat hot walaupun nama dia bukan Nora Elena? Jadi kenapakah memberi harapan palsu yang nama canggih itu seharusnya hot walaupun realitinya *bunyi playlist rosak*.

Der,nama dia Siti Saleha dia hot der. Tak Payah dia jadi Sally derr *nak jugak der tu*

5] Kenapekah selalu di gambarkan cerita melayu projek berjuta-juta lepas tu akan ada org step back dari belakang? Kenapekah orang kaya selalu simpan cucu lepas tu bagi tahu semua orang yang cucu terbabit adalah anak mereka? Tak pun, kenapekah orang gaji terbabit sebenarnya anak kepada majikan yang kaya raya yang dia dah lupa kewujudan anak terbabet. Eh bukan scene-scene macam tu selalu happen dalam cerita Indon dengan cerita Filipina ke dolu-dolu? =___________=".

Aku pernah argue pasal cerita melayu once dalam belog aku,lepas tu ada reader cakap orang macam aku ni kaki kondem, penjahanam industry perfileman melayu, lepas tu orang macam aku ni cetek akal. Memang akal aku cetek, cetek nak terima merogol awek lepas tu kawen dengan awek tadi dan bahagia. Macam ni lah, let say ko ada anak perempuan, lepas tu anak bujang rumah sebelah rogol anak kau, lepas tu dorang kahwin, tak ape kau jangan risau dorang akan bahagia. Bukan aku cakap, cerita yang korang selalu tengok tu use to educate korang macam tu. =_="

Bagi aku, Allah bagi kita sesuatu bakat tu sebenarnya anugerah. Bakat menulis sepatutnya di gunakan sebaik-baiknya untuk mendidik pembaca menuju kebaikkan, bukannya pegang pelok anak dara orang,lepas tu baru masok meminang,pegang pelok lagi lepas tu putus tunang lepas tu jumpa balik baru nak nikah =_="

Dah la malas la aku nak taip panjang-panjang, lepas ni banyak orang kondem aku tak faham konsep "cerita". Boleh tak ko faham Irah tu cerita?

No! aku tak boleh terima cerita kawen dengan perogol tu bahagia. We should kerat anu perogol tu instead. sapa suruh dia merogol.

Nota bulu Kaki Macam Meggie: Daripada buat cerita kawen dengan perogol, tak pun project berjuta-juta, baek buat cerita yang canggeh-canggeh ala-ala MI4. Tunjuk siket kat penonton , Malaysia ni walaupun banyak perogol yang bahagia, walaupun banyak corruption project berjuta-juta, tapi sebenarnya Malaysia ni maju jugak ke depan. Ni tak, Tengok Mission Impossible 4 lepas tu kagum nak mampus dengan mat salleh ada gadget canggih. Bila aku cakap kat Malaysia orang dah start guna Retina Recognition untuk office security terkejut masing-masing. Mane tak nye terkejut, ingatkan Malaysia ni ada perogol yang bahagia dengan corruption berjuta-juta semata-mata. kah kah kah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...